CINTA



10 Bintang
5 Kisah Cinta
1 Cerita
Sebuah kisah tentang kasih


selesai menonton filem CINTA mlm tadi, aku rasa cam bengong sket. mcm² perasaan aku rasa. gembira, kelakar, simpati, sedih, terharu, sebak, terhibur... hati aku terusik dengan falsafah² cinta yang dihidangkan. aduh! betapa mahalnya harga cinta. betapa tingginya nilai cinta. persoalan cinta dan kasih sayang dihidangkan dengan selera yang berlainan sekali. selagi ada hayat, aku ingin merasai cinta. mencari cinta itu bukan senang. dengan dunia yang penuh complicated, manusia boleh hanyut kerana cinta. dengan kerenah manusia yang pelbagai corak, kita boleh sesat dengan istilah cinta yang sebenar. a must watch movie. a new style of Malaysia movie. ceritanya mudah dan ringkas. bagaimana kita mendefinisikan cinta. apakah peranan cinta dalam hidup kita. kalau punya hati dan jiwa, tontonlah filem ini.

kisah 'sepenuh jiwa' (rita/rashidi) amat berkesan pada aku. harta kekayaan belum tentu menjanjikan kebahagian. haris (rashidi) digambarkan seorang lelaki yg amat romantik dan baik hati (luv u laa!!). tapi siapa sangka percintaan yg dibina bermula ketika berusia 18 thn, akhirnya putus di tgh jalan bila airin (rita rudaini) bertemu lelaki lain yg dirasakan lebih padan dengannya dan merasakan cintanya terhadap haris hanyalah cinta seorang kawan & abg. anak yang tidak berdosa menjadi mangsa pada satu perpisahan kasih ibu dan bapa. agak sukar bg haris melupakan kenangan cinta dengan isterinya. cinta juga membawa maksud lepaskan dia pergi...

kisah 'tulus' (amani/pierre) sama dengan citer KL Menjerit. jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu. jangan menggadai tubuh badan semata² untuk cinta yang belum tentu sejati. pierre andre masih lagi lelaki yg malu tapi mahu. kisah 'romantis' (fasha/eizlan) memberi gambaran bahawa cinta tak kenal siapa. tua / muda. miskin / kaya. kita mmg tak leh elak kalau itulah jodoh kita. cinta memerlukan keberanian untuk diluahkan. kisah 'abadi' (nanu/que) tertumpu pada hubungan adik-beradik yg makin jauh. erti sayang kadang² tak dapat ditunjukkan. sedih bila dhani (que haidar) mencari kakaknya, dyan (nanu) yg makin jauh darinya. sebak bila dyan membacakan nota coretannya suatu ketika dahulu untuk adiknya dan nota baru pemberiannya dibacakan di kawasan perkuburan. kisah 'unggul' (fatimah/rahim) adalah cerita cinta golongan yg sudah berumur. saper kata org tua takleh / tak pandai bercinta. mereka melengkapi antara satu sama lain dan menjaga partner masing².

antara dialog / adegan yg aku suka:

  • isteri bukan hak milik tapi anugerah
  • tiada wanita yg dapat mengubah etika kerja saya
  • kalau inginkan sesuatu mesti ada caranya
  • kalau kita suka kat dia, dia pun mmg sukakan kita, biarlah org lain pun tahu
  • jangan takut tutup mata
  • waaa besaq naa cincin nih. kalau tak nak, saya ada anak dara sorang kat umah
  • hujan yg turun bila haris dikecewakan oleh airin. lakaran lukisan turut luntur
  • bacaan surat pemberian haris kepada airin
  • pertukaran beg ke tangan lain dan tangisan seorang anak
  • kematian seorang kakak
  • nyanyian seorang penyanyi jalanan
  • lamaran dalam ERL (lawak giler²)

lirik pilihan - perpisahan (lagu cinta kesedihan haris)

ku mengerti perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama

sering, kala aku terlihatkan mu
impian nan indah bersulam bahagia

ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima
ditinggalkan sengsara

keraguan ini bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah untukku
tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilangan
kehilanganmu...
masih tercari-cari...

keraguan ini bukanlah padamu
masih tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilanganmu

1 comment:

Anonymous said...

like your review. luv it!
the best thing is that CINTAI DIA YG MENCINTAI MU