Kaer - Izinkan Ku Pergi

sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah sayangku bangunlah semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niat ku

maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi

susahnya nak dapatkan lagu nih. last week dapat download tapi .rar. opis aku takde WinRar. pastuh lupa copy kat thumbdrive. semalam plak mmg tak leh dload kat opis. HTTP Forbidden. arrgghhh tak best arr opis skrg. semua mende tak leh. apa2 pun, sesape nak lagu nih, sila klik sini -->
lagu baru

Jom Nonton Kuntilanak

kawan², jom tgk citer KUNTILANAK rabu nih. reena agreed dah. dah booked 6 tiket kat GSC (kul 9.15 pm) & TGV (kul 9.20 pm). tgk laa nak tgk kat mana mlm tuh. khamis kan cuti. jommm...

What's My Schedule For Today...

aduh laa bila kena ganti tpt secretary nih. tetiba je kak sal kena gi klinik. anak dia demam panas. tak sempat wat apa² madam dah masuk. alamak. pastuh outlook kak sal plak wat hal.

madam : what's my schedule for today?
me : dunno
madam : dah basuh ke cawan nih?
me : i think dah
madam : kenapa ada air lagi
me : erk (alamak tak basuh lagi ke :P)
madam : can you fill-up with hot water (sambil menunding ke flask dia)
me : (angguk je)
madam : buang ye air dalam tuh before you fill-up nanti sejuk
me : ok (tahu laa)

bila gi antar air dan bawa masuk paper, dia cuba untuk beramah mesra tapi aku malas nak layan...

Ab Ab Laut Chalen

dapat forwarded e-mail drpd Halim pasal Will Smith nyanyi lagu hindustan. aaa lama nye tak layan lagu hindustan. so, sape² ada link dload lagu² hindustan, bagitau eh. pastuh kalau ada CD² hindustan yg leh bg pinjam ke. cam dah lama tak layan. teringat zaman MMU dulu ;)

Terlalu Istimewa - Juara Lagu 21

Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Adibah Noor

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai

Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

lirik lagu ini tercetus daripada tragedi hitam yang menimpa Allahyarham Adik Nurul Huda Abdul Ghani, yang dirogol dan dibunuh dengan kejam suatu ketika dulu.

Masih Keliru

6 months after 22 July 2006. hmm mungkin...

Ramalan Juara Lagu 21

sapa agaknya juara mlm nih ek. ok laa. aku nak wat ramalan aku sendiri untuk setiap kategori.

Kategori Irama Malaysia
Candak - Siti Nordiana
Hantaran Hati - Bob AF2 & Aspalela Abdullah
Warkah Buat Laila - Zahid AF2
Zapin Cinta SMS - Adibah Noor & Senario

Kategori Pop Rock
Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly
Juwita Citra Terindah - M Nasir
Lagu Jiwa Lagu Cinta - Mawi & M Nasir
Tak Tercapai Akalmu - Elyana

Kategori Balada
Ku Seru - Misha Omar
Mungkir Bahagia - Hazami
Secebis Harapan - Nora
Terlalu Istimewa - Adibah Noor

Juara: Terlalu Istimewa

Terbang Bersama AirAsia

thn nih aku akan melancong. itu azam aku thn nih. nak cuba bercuti tanpa family. bukan nak buang family. cuma nak try hidup berdikari hehe. sejak ayah aku keje KUiTTHO thn 2000, family kitorang susah nak bercuti² bersama². dulu ayah ngan mak, dua² cikgu sekolah menengah. pantang cuti sekolah, kitorang satu family pasti akan bercuti². satu malaysia dah jelajah. tp skrg jadual ayah susah sket. pastuh, kadang² aku plak tak leh nak join. plan percutian family aku kadang² tak masuk ngan cuti aku. senang ckp waktu tuh aku xleh cuti. maka aku pun kena tinggal.

tapi xpe. thn nih aku plak nak balas dendam. 14-17 june, aku akan ke kota kinabalu, sabah. pastuh, 28-31 august, ke medan, indonesia plak.

hmm, jadi tak ek plan ke london akhir thn nih ;)

Salam Maal Hijrah 1428

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu Pengorbanan
Hijrah itu Perjuangan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah membentuk Perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman.

High School Bukit Mertajam Alumni Dinner

mariam panggil aku kul 6.40 ptg smlm. asking about the dinner again and again. naik muak ngan soalan² dia. mcm² benda dia porak perandakan. tp Alhamdulillah, Allah masih bersama aku. aku berjaya tangani semua prob yg dia create. dia tak puas hati. dia soh aku gi dinner tuh. dia kata Tan Sri nak org corp comm to stand-by there if anything happen. last minute soh aku gi. in the 1st place dia kata tak yah gi. pastuh dah ptg² baru soh aku gi. apa role aku kat sana pun aku tak tahu. nih bukannya corp dinner. it is an alumni dinner - informal dinner.

sampai² sana aku cari Dato' Rahim ngan Tan Sri. lapor diri / tunjuk muka. Tan Sri soh aku temankan Puan Sri. aku pun ikutlah derang ke mana je derang gi. buhsan tul. salam ntah ngan sape² ntah. sampai ada sorang pompuan tuh tanya ngan Puan Sri, nih anak anak buah ke?? aku sepantas kilat menjawab "tak laa. saya staff tan sri". ada yg puji Tan Sri sebab bawa staff gi alumni dinner. huh!! dia tak tahu aku terpaksa. pastuh aku cakap ngan Tan Sri & Dato' Rahim yg aku nak balik. tapi depa berdua soh aku makan dulu. terpaksa laa aku dok dulu. Pak Lah lak sampai kul 9.30 mlm. kul 10 aku blah. hujan lebat. tunggu teksi pun lama. aku sampai umah hampir² kul 12 mlm :P

yg pasti aku tak suka join dinner semalam...

Seram...

selalu sebenarnya aku dgr bunyi tapak kaki tak bertuan kat opis aku. dah lali dah. tapi ntah kenapa smlm rasa lain sket. tgh² aku rajin wat keje yg mmg tgh banyak, bunyi tapak kaki berlari² jelas sangat kat belakang aku. selalunya aku wat deq je. tp mlm tadi mmg aku rasa lain - meremang tengkuk. nasib baik ada abu ngan azlin kat bilik belakang. makanya abu kena temankan aku ke lift.

aku plak seharian tak wat keje. sibuk antar resume ke company lain dan surf website AirAsia. serius xde mood nak keje. bos besar aku siap perli ckp MAPS CSR Team will be lowest since we all selalu lambat. ntah laa. cepat camner lagi yg dia nak. dah setahun aku wat keje nih sengsorang. nasib baik aku keje ngan mrV. kalau ngan encik Ariff tak tau laa caner jadinya. tapi serius keje makin hari makin bertambah. bos besar cam tak nak carikan aku teman pun. kalau aku mati tiba² caner ek...

Introduction To Quality

yeah yeah akhirnya siap gak assessment nih. spend time berkurung kat umah je weekend nih wat menda alah nih. susah gak laa soalan dia. yg penting dah complete :D

Selalu Jatuh Cinta

jantung berdetar kencang
ingin kutanya di mana
aku ada di sini
cepat datang aku dilanda bimbang

ku selalu jatuh cinta
aku tak pernah kisah
bila tak ada kamu di sini
ku yang selalu merindu
dan tak pernah ku mampu
bila tak ada kamu dekatku

first time dengar lagu nih masa Anugerah Skrin baru² nih. best laa especially part korus bila berbalas soalan & jawapan. dload lagu duet ini
di sini

Cuti² Malaysia

thn nih Tahun Melawat Malaysia. makanya aku merancang utk bercuti² thn nih. since AirAsia ada wat offer 1,000,000 frea seat, aku telah memulakan langkah. 1st aku nak gi bercuti ke Sabah bulan Jun. adik aku, Jiela akan wat latihan mengajar dia kat Politeknik Sabah. so sambil menyelam minum air. aku berjaya dapatkan tiket RM0.00. makanya aku hanya bayar RM145.00 je. Pak Uda aku kat Sabah tak sabar ngan kehadiran kitorang. aku akan bercuti 14-17 jun. hopefully xde laa benda2 bengong jadi kat opis :D

pastuh aku ingat nak celebrate birthday aku kat phuket. anyone interested to accompany me?? package of RM256.59 (exclude taxes / fees). tak best laa sengsorang kan :D

Enjoy

smlm gi karaoke ngan ain, sam, halim & zul. lama gile tak karaoke ngan diorang. tapi pengantin baru tak dapat join. lagi sedey tak dapat berduet ngan mafus :P. best sbb dapat release tension. paling best bila dapat nyanyi dangdut haha. korang, pasnih kita duet dangdut eh. aku tau ain tak sabar nak gelek :D

ptg smlm mariam wat hal ngan aku. she said i'm not professional in doing my work. is she professional enough? don't think so. dia lagi kalut. aku rasa skrg aku dah ok laa wat keje. i know how to tackle prob and how to solve it alone. compared to all the issue faced during 2003, skrg nih cekap sket. rasanya dia tak puas hati sbb aku berjaya solve the issue raised by her.

Sayang Mak

selamat ulang tahun. semoga mak makin sihat dan ceria.

Privacy

rasanya blog merupakan tempat untuk kita luahkan perasaan yg kadang² tak dapat diluahkan. blog juga nak bgtau pembaca apa yg penulis tgh alami dan fikirkan, untuk dikongsi. pendapat yg datang ikhlas drpd penulis. however, readers' cooperation is highly appreciated for not telling others about the sincere opinion. dengan kata lain, jgn jadi penyampai leh tak. just give ur comment and i will respond to it. in addition, tolong jaga perasaan penulis dan pembaca lain.

1st Entry For 2007

selamat tahun baru. 2006 terlalu cepat berlalu. aku akan pastikan 2007 lebih best. tuh azam aku.

alhamdulillah rumah aku kat kampung tak banjir. simpati gak kat mangsa banjir. insya-Allah ada rahmat di sebalik ujian Allah nih. 11 hari aku bercuti mmg best. bila nak dapat bergini lagi :)