1,000,000 From TM

dalam masa tak sampai 15 minit aku berjaya pikirkan apa nak contribute to flood victims @ Johor. sebab org kampung kot, tuh yg berjaya berfikir ngan bijak. suka sangat bila ada yg puji ngan idea tuh. inilah hasilnya bila berimaginasi tinggi ;)

arinih hari terakhir aku keje utk tahun nih. aku akan bercuti ke tempat yg perlu dirahsiakan. hanya mrV je tahu aku ke mana. disebabkan akan bercuti panjang, aku terpaksa stay-back (mcm lah hari² lain balik awal) untuk siapkan semua paper work.

berjumpa lagi kita di tahun depan :D

DiGi Airlifts Relief Supplies To Flood Victims

SHAH ALAM, 21 December 2006: DiGi Telecommunications Sdn Bhd ("DiGi") chartered helicopters to airlift emergency supplies to flood victims in Segamat today. The company budgeted RM500,000 for relief efforts, including purchases of daily necessities, transport costs, and free airtime for affected customers.

DiGi's Strategy and Corporate Affairs Director, Tunku Alizakri RM Alias said that supplies such as dry foods, fresh water, mats and blankets will be transported by land to Tangkak tomorrow and from there, by helicopter to relief centres.
An additional trip was made today to Segamat Hospital based on their requested needs.

The helicopter had also picked up two employees stranded in Pogoh. "We place utmost importance to the safety our employees as they are our assets," said Alizakri. The floods disrupted numerous services, including telecommunications. "Our people are working non-stop to minimise disruption in affected areas," he added. DiGi apologises to customers for any inconvenience caused.

apa yg TM dah wat? hanya ini


can't you think of something aniza - arahan drpd bos besar. benci laa

Annual Report Lunch Date



it's better to sit beside DAWO than MBB. trust me :D

DAWO : u org mana?
ME : Johor
DAWO : Johor kat ner?
ME : Pontian
DAWO : Pontian area mana?
ME : Parit Mesjid
DAWO : (questioning questioning questioning)
ME : (answering answering answering)
DAWO : kalau rumah u kat situ, 200m jer laa dr kg saya
ME : erk (caner aku leh x tahu yg nenek dia kat situ)
DAWO : maybe we're related since u kenal cik yah kan?
ME : let me check with my parents :)

mati² aku ingatkan DAWO belanja. rupanya budget opis aku :P

Bersama Lagikah...

aku dan teman serumah yg lain makan kat SEOUL Bulgogi semalam. First time for nizan, tini & zar. alhamdulillah xde yg bengkak mulut ke, hidung ke, apa ke. kenyang gile semalam tapi best. gelak sakan. last makan² bersama untuk tahun nih. doakan yg terbaik untuk semua. hopefully next year kita sama² ke cherating plak.

to nizan, going to miss you for a month. i hope it's only a month. however, kalau dah mmg rezeki kat sana, jgn ditolak. keberkatan ibubapa paling penting :D

CSR Round Table @ UKM

kalau mariam tahu apa aku wat arinih, mampos aku agak nye. "fir, lunch nanti kita blah nak?". iye aku telah berjaya menghasut fir utk balik je drpd join the discussion yg ntah apa² ntah. bosan gile. very academic. eventhough the panel is dato' or prof, the just read from the slide presentation. plus, i don't see any role from TM there. semua nya pasal SME. whatever question yg diajukan, panel akan jawab, "all the question will be answered during the afternoon session". haha bye²

tapi kesian gak fir. tgh dia kemas umah dia, mariam call soh balik opis. dia mmg bengang ngan bos arituh. ada ke mariam marah fir dok kat UKM tuh one whole day. dah benda alah tuh dr kul 9 pagi sampai 5 ptg (eventhough kitorang half day je). mariam yg soh attend. tapi bising² plak. soalan bodoh dia "what are you doing there one whole day? there's a lot of work here!".

Silver Book

aaa bosan gile dalam kete berdua ngan lily tadi. nak tak nak aku kena tumpang dia balik semula ke opis dari Putrajaya. dalam kete borak pasal activities during weekend, anak dia dah nak start sekolah next year. apa² je...

aku sampai lambat workshop pasal silver book nih. LRT Putra laa. nape asyik nak prob je. lily plak asyik sms "where are you?, i've booked a place for u". bila aku sampai dia dok depan sekali. aaa tak nak aku dok depan sekali. makanya aku senyap² dok kat belakang ngan orang Nestle. sepanjang workshop tuh baru aku tahu, lily nih xde laa bijak sangat haha

Happy Birthday Muhammad Azam Asri

rindunya kat adik aku sorang nih. birthday dia arinih tapi tak dapat nak wish kat dia. sebab dia join Jambori Pengakap Malaysia ke-11 kat Taman Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. lama gile, 11 - 20 dec. first time dia kuar umah lama gile. sure parents aku risau sgt² ngan dia. leh ke dia survive. to them, amat is always budak kecik :)

nama adik aku nih, arwah atuk laki aku belah mak yg bagi. tapi ntah kenapa, xde sorang pun dalam family panggil dia azam. semua orang panggil dia AMAT. dia pun geli kalau kitorang panggil dia AZAM.
pejam celik pejam celik dah 13 tahun umur dia. dia dilahirkan ari jumaat kul 6.40 petang. semua orang cam happy gile waktu tuh. ayah aku arr paling suka sbb dia nak sangat anak lelaki. satu hospital bersalin Pontian ayah aku belanja KFC.

hobi dia mmg menyanyi. ada gak laa adik aku nih simpan cita² nak join Akademi Fantasia esok². nih aku share kan antara clip persembahan dia.




Hmm...

last day as a manager. rindu nye kat mrV. actually, kali nih walaupun perut aku kecut tapi MBB layan aku baik sangat minggu nih. sampai aku tertanya² "betul ke dia nih??". tadi jumpa dia sebelum lunch. tak penah² dia puji aku. tadi dia kata "i like the way u work". aku keje camner ek. aku pun tak tahu.

next monday aku ada workshop ngan lily kat putrajaya. pastuh tuesday ada CSR Round Table kat UKM ngan fir. hmm takutnya, bersama 2 org yg aku "terpaksa" layan.

aku dah apply cuti 26-29 dec. if everything ok aku akan bercuti² 23 dec - 2 jan (11 hari). best nye. makan angin bersama keluarga :D

Cicakman

menonton citer nih malam tadi ngan nizan, tini & ayin. celebrate tini abis exam sekali. aku bagi 1.85 bintang kat citer nih. sbb sama je ngan citer² superhero. ada beza sket je. tapi lawak laa. apek kan. dia mmg pandai wat lawak. lagi sorang yg best AC Mizal - orang jahat yg mempunyai hobi mengumpul setem :D

percubaan yg bagus daripada Yusry Abdul Halim. maybe junior Aziz M Osman for science fiction movie. tp lagi best Aziz laa.

Tak Sedap Badan

semalam EL. kepala pening. muntah² lagi. hmm tak tahu nape. bangun pagi rasa tak sedap badan. lepas solat subuh call kak sal, nak half day (sbb mmg ada lagi half day yg belum digunapakai). tapi dah kul 11 mcm tak larat nak berjalan ke putra LRT. risau gak sbb mgr aku cuti minggu nih. tapi alhamdulillah MBB tak wat kecoh.

start pagi sabtu arituh rasa nak demam. asyik muntah dr kul 3 pagi. tak larat gak nak ke putrajaya. tapi takut nanti kena marah lagi, kuat kan gak ke sana. kat kenduri tina makan buah je sampai makcik kat sblh cam tak puas hati aku makan buah je. melepek gak laa dalam kete mafus on the way blk ke KL. sempat tgk rahimi lepas wedding tina. muka dia bengkak tapi ensem lagi ;)

ptg sabtu tuh ke klinik. lepas solat isya', makan ubat. abis je Macam² Aznil terus tido. berjaya tido dari kul 9.30 mlm ke 9.30 pagi. gi wedding tina & fio kat UM plak. mlm tuh lepak atas katil je.

apa² pun wish me luck. minggu nih aku manager CSR. report direct ke MBB :P

She's Married

alhamdulillah, sorang lagi kawan baik aku dah kawin. she's so beautiful. to tina & fio, selamat pengantin baru. gunakanlah hadiah kitorang bagi tuh sebaik mungkin.

peeps, who's turn next?


~ gambar wedding tina & fio ~

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi

jika ku tak bangun esok pagi
sayangku kau jagalah diri
sentiasa ingatkan hati
dirimu amat ku cintai

andainya dihimpit kesusahan
sujud dan mohon pada tuhan
agar diberikan bimbingan
meniti hidup bersendirian

bila terasa sejuk
pejamkan mata
bayangkan dalam dakapanku
bila terasa rindu
pejamkan mata
kita bersua dalam lena

kalau ada yang sudi mengganti
sayang lepaskanlah ku pergi
kerana insan yang seistimewamu
berhak untuk dicinta dalam hidup

sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini
namun yang pasti
walaupun ku tiada nanti
cintaku akan kekal abadi

ku berharap kau tak akan lupa
mengirimkan bekalan doa
kita jumpa lagi di sana nanti
jika ku tak bangun esok pagi



kalau nak dload lagu nih -->
http://download.yousendit.com/EC10C7EF689B0204

Menjadi Keji Adalah Aku??

apa perasaan korang bila GM korang kata korang 'stupid'? ada rasa nak tolak dia dari bangunan tinggi tak? simbah asid kat muka dia? bakar rumah dia? culik anak dia? rampas suami dia?

banyak sungguh benda jadi arinih. start dengan pagi tadi. actually, aku ada meeting kul 2.30 ptg @ Meeting Room 2 Level 8. tapi tetiba aku nampak org cam kecoh² pasang komputer kat situ. i asked **** what happened. she just replied that MBB want the PC to be installed there. i asked her again whether she has informed Group Mktg or not. dia leh tanya aku plak why she should tell them. aikk bukan kata Meeting Room 1 - GCC punya, Meeting Room 2 - Group Mktg punya. aku pun lantak lah. aku malas nak amik tahu. kalau jadi apa² jgn libatkan aku plak. tapi hati aku berdebar² gak sbb meeting aku ramai org and involve external party. takut MBB tak suka kitorang bising² sebelah blk dia.

tapi apa kan daya. aku dilibatkan juga dalam pakatan penggunaan Meeting Room 2 menjadi bilik untuk key-in data. masa aku tgh meeting, dgr MBB meninggi suara marahkan somebody (and i think manager sam yg kena). pastuh dia kuar blk dia terkejut tgk ada ramai sgt org kat blk sblh dia. of course dia sudah malu. dan dia mula mencari kesalahan org. apa kan daya. dia boss :(

18 Dec nih aku kena gi workshop ngan adik kak yam. mrV, fir & pn raditah asked me the same question today. "I think u're the selected AM to report directly to her. what do you think?". minta simpang huhu

sedey sgt bila aku tak dapat join majlis nikah tina esok. aku yg beriya benar plan untuk kitorang datang majlis nikah dia tapi last² aku yg tak dapat pegi. reason aku ialah manager aku nak cuti next week. tapi camner leh ada kaitan ngan ketidakpergian aku ke majlis tina kan. sebabnya, MBB kata MrV can have the whole week holiday in one condition - clear all the work. so i try to get holiday for MrV. wish me luck!!

Happy Birthday Zulaili Asri!!

arinih besday adik aku, ayie yg ke-21. aaa dah besar dah. dah leh mengundi. siapa sangka adik aku nih yg dulu tak bercakap ngan orang skrg dah pandai bergaul. tp kadang² apa yg kuar drpd mulut dia 'pedas'. dia adik aku yg paling pandai. sentiasa ngan buku. tak mcm kak long dia nih. selalu ngan hiburan haha. now she's studying at HUKM. bakal doktor gitu. senang arr nak MC esok² :P

so ayie, happy birthday. sorry tak leh join birthday celebration kat kampung. nanti balik KL akak bagi hadiah eh. camner ngan spagheti smlm? ada yg cirit tak haha

SEOUL Bulgogi

tadi aku, siha, siti & adik siha gi makan kat SEOUL Bulgogi, Plaza Pantai. aaaa kenyang nye. sampai skrg terasa kenyanggg. takde plan ke sana pun. lama tak jumpa siti. pastuh adik siha teringin nak makan kat sana. so join laa the club. makan, makan dan makan sambil bergossip. well, gurlz talk.

sebelum gi makan tuh kitorang semayang jemaah kat surau GCC. tetiba aku rasa tingkat 8 bercahaya. cahaya keimanan. betul tak siha ;)

Nak Rehat Yang Panjang

arinih half day. masuk² semua org ingat aku nangis. mata kanan aku melecet akibat aku gosok dengan ganasnya. gi klinik doktor bagi eye drop & eye ointment. pastuh tak bagi pakai contact lense huhu

adik aku dah balik Johor dah. sian gak kat dia sbb aku tak dapat entertain dia sangat. last week tiap² mlm balik lewat. pastuh ada gak laa hari² yg aku gi berpoya². then jumaat ke JB jumpa aina. sabtu mlm balik semula ke KL. ahad semalam ke PC Fair. ramainya org. tapi aku dah tahu satu benda baru - FM Modulator.

aaa penatnya...

Panasss...

Malay Mail Big Walk on Dec 16 postponed

KUALA LUMPUR: The Malay Mail Big Walk 2006, originally slated for Dec 16, has been postponed due to unforeseen circumstances. Participants who have signed up for the event, affectionately known as the Biggie, will be duly advised on the new date for the premier walking event. Announcements on the new date, as well as other related matters concerning the Biggie, will be communicated through a series of announcements in leading newspapers, TV stations and radio channels. "We humbly apologise for the postponement but stand committed to delivering yet another sterling event in true fashion of the proud and rich tradition of the Biggie," said newly-appointed Malay Mail Big Walk 2006 committee chairman Yushaimi Yahaya. Queries can be directed to the Malay Mail's branding department by calling Mohd Azeril Zulkifli or Chris Wee at 03-2282-2829 ext 3338.

ish takkan sebab TM kot :P

Makan²

aaa kenyang nye.

ada kari kepala ikan. ada sup tulang. ada sambal goreng. ada gulai nangka. ada pulut kuning. ada potato salad. ada pasta. ada kek. ada tiramisu. ada ayam goreng. ada coke.

mungkin ada lagi menu yg aku dah lupa. banyak nye makan arinih. bukan nye selalu

CINTA



10 Bintang
5 Kisah Cinta
1 Cerita
Sebuah kisah tentang kasih


selesai menonton filem CINTA mlm tadi, aku rasa cam bengong sket. mcm² perasaan aku rasa. gembira, kelakar, simpati, sedih, terharu, sebak, terhibur... hati aku terusik dengan falsafah² cinta yang dihidangkan. aduh! betapa mahalnya harga cinta. betapa tingginya nilai cinta. persoalan cinta dan kasih sayang dihidangkan dengan selera yang berlainan sekali. selagi ada hayat, aku ingin merasai cinta. mencari cinta itu bukan senang. dengan dunia yang penuh complicated, manusia boleh hanyut kerana cinta. dengan kerenah manusia yang pelbagai corak, kita boleh sesat dengan istilah cinta yang sebenar. a must watch movie. a new style of Malaysia movie. ceritanya mudah dan ringkas. bagaimana kita mendefinisikan cinta. apakah peranan cinta dalam hidup kita. kalau punya hati dan jiwa, tontonlah filem ini.

kisah 'sepenuh jiwa' (rita/rashidi) amat berkesan pada aku. harta kekayaan belum tentu menjanjikan kebahagian. haris (rashidi) digambarkan seorang lelaki yg amat romantik dan baik hati (luv u laa!!). tapi siapa sangka percintaan yg dibina bermula ketika berusia 18 thn, akhirnya putus di tgh jalan bila airin (rita rudaini) bertemu lelaki lain yg dirasakan lebih padan dengannya dan merasakan cintanya terhadap haris hanyalah cinta seorang kawan & abg. anak yang tidak berdosa menjadi mangsa pada satu perpisahan kasih ibu dan bapa. agak sukar bg haris melupakan kenangan cinta dengan isterinya. cinta juga membawa maksud lepaskan dia pergi...

kisah 'tulus' (amani/pierre) sama dengan citer KL Menjerit. jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu. jangan menggadai tubuh badan semata² untuk cinta yang belum tentu sejati. pierre andre masih lagi lelaki yg malu tapi mahu. kisah 'romantis' (fasha/eizlan) memberi gambaran bahawa cinta tak kenal siapa. tua / muda. miskin / kaya. kita mmg tak leh elak kalau itulah jodoh kita. cinta memerlukan keberanian untuk diluahkan. kisah 'abadi' (nanu/que) tertumpu pada hubungan adik-beradik yg makin jauh. erti sayang kadang² tak dapat ditunjukkan. sedih bila dhani (que haidar) mencari kakaknya, dyan (nanu) yg makin jauh darinya. sebak bila dyan membacakan nota coretannya suatu ketika dahulu untuk adiknya dan nota baru pemberiannya dibacakan di kawasan perkuburan. kisah 'unggul' (fatimah/rahim) adalah cerita cinta golongan yg sudah berumur. saper kata org tua takleh / tak pandai bercinta. mereka melengkapi antara satu sama lain dan menjaga partner masing².

antara dialog / adegan yg aku suka:

  • isteri bukan hak milik tapi anugerah
  • tiada wanita yg dapat mengubah etika kerja saya
  • kalau inginkan sesuatu mesti ada caranya
  • kalau kita suka kat dia, dia pun mmg sukakan kita, biarlah org lain pun tahu
  • jangan takut tutup mata
  • waaa besaq naa cincin nih. kalau tak nak, saya ada anak dara sorang kat umah
  • hujan yg turun bila haris dikecewakan oleh airin. lakaran lukisan turut luntur
  • bacaan surat pemberian haris kepada airin
  • pertukaran beg ke tangan lain dan tangisan seorang anak
  • kematian seorang kakak
  • nyanyian seorang penyanyi jalanan
  • lamaran dalam ERL (lawak giler²)

lirik pilihan - perpisahan (lagu cinta kesedihan haris)

ku mengerti perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama

sering, kala aku terlihatkan mu
impian nan indah bersulam bahagia

ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima
ditinggalkan sengsara

keraguan ini bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah untukku
tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilangan
kehilanganmu...
masih tercari-cari...

keraguan ini bukanlah padamu
masih tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilanganmu