aku mmg laa peminat setia AF. berbanding realiti show yg lain, yg nih aku mmg tak leh tinggal. siap subscribe extended diari lagi sejak AF3. itu beza nye AF dgn realiti show yg lain. perilaku harian memainkan peranan selain persembahan masa konsert. kalau realiti show lain, tumpuan more towards vocal. ada org kata AF5 nih kurang menyengat. peduli apa aku. aku nak tgk gak. tiap² tahun org ckp camtuh sebenarnya. ntah laa.
setiap musim mesti ada pelajar yg aku nak ikuti perkembangan dia dalam diari dan konsert. AF1 aku suka tgk Khai & Rosma. AF2 - Linda, Zahid & Kaer. AF3 - Mawi, Marsha & Felix. AF4 - Salima, Diddy & Haziq. AF5 kali nih aku mmg suka tgk 3 serangkai nih - Heliza, Shawal & Ebi. derang mmg akan membantu sama lain. bila derang bertiga baru nampak yg Heliza nih gila² sebenarnya.
lately semua org kutuk Heliza. aku rasa tak kesah kalau org kritik vokal sbb dia mmg terikut Siti Nurhaliza. tapi bila kutuk kerana dia bertudung, aku rasa rakyat Malaysia belum boleh menerima pelajar AF bertudung sebenarnya. last year bila Salima buat perangai macam biasa, org kata dia gedik and suruh dia jaga tingkah laku wanita bertudung. bila tahun nih Heliza control depan kamera, org kata dia ngada², perasan bagus. tak nak kuarkan perangai sebenar. org kutuk Heliza bila dia tak nangis bila ada student kuar masa end of concert (pasti semua org lupa yg Roslan Aziz dok remind students masa 1st week - jgn nangis) . org juga kutuk dia bila dia tak salam pelajar lelaki yg terkuar tapi salam cikgu lelaki. salah ke??
aku lebih kepada tak kesah laa lelaki ke pompuan, bertudung atau tidak, semua org ada batas² pergaulan. aku sendiri kat luar, kat umah, ngan family, ngan kengkawan - mcm² perangai aku, kadang² gila kadang² sopan ;)