Outing

arinih kuar umah kul 11 pg dan balik umah kul 11.30 mlm. kalau dok ngan parents nih mau kena marah nih. pagi gi umah ain sempena house-warming umah dia kat Flora Damansara. ada wat bacaan yaasin yg diketuai oleh Ustaz Munir :)

pastuh lepak umah shodi yg dok tak jauh drpd umah ain. tapi huhu umah shodi ada 9 ekor kucing. bila dia melompat kat aku, aku melompat laa ke tempat lain. serius aku tak penah suka binatang. sebab tuh dulu aku tak leh wat karangan masa sekolah rendah pasal 'my pet'. abis berbulu gak laa tudung aku. aku tak sangka shodi husband & wife suka jaga kucing.

lepas tuh gi hotel singgahsana, majlis perkahwinan sabrina, anak puan mazenah, AGM aku dulu. jumpa elliea. sian anak dia yg ensem, kena botakkan kepala. masa wedding tuh, sempat gak halim kuarkan statement "ko tgk pompuan² cantik tuh. semua ada boyfriend tp datang single. aniza yg single pun bawa 2 lelaki". huhu

TM Star Corporate Center



org yg paling kecewa dengan keputusan semalam adalah manager aku, azlin. serius dia kata sampai tak leh tido. yg pasti i like encik rosli decision to add one more participant from corporate center to the semi-final. the reason is because he wanted me to go to the semi-final. however, i lacked of 1 mark in performance criteria since i don't have that 'ayum ayum'. dah xde rezeki nak wat camner kan. tp smlm aku frust gak sebab aku cam dah wat sehabis baik. plus bila tgk muka azlin yg frust, serius aku rasa aku dah hampakan dia. dia yg paling beriya nak aku masuk. tapi aku leh kata aku better than others since aku hanya berlatih 24 hrs before the competition. org lain siap ada gi kelas vokal kat amcorp mall. aku sibuk melayan kak *** :P

dah laa tuh siap ada isu lagi. aku laa pi gatal nak make-up kan muka nih. tak sangka ada org jeles. tapi dia cantik dah. yang penting aku enjoy. thank you guys for ur support!!

for more pictures, please click
here

Lagu Apa

  1. Tenda Biru - Desy Ratnasari
  2. Ini Rindu - Farid Harja
  3. Tiada Jodoh Antara Kita - Ziana Zain
hmm tak leh decide lagi lagu yg mana. camner nih. benda alah nih esok. lagi best GM aku antar aku gi KL Convention Centre pada masa yg sama untuk jaga Tan Sri kitorang. adakah aku akan berlari lagi tahun nih :P

Ngantuk Bangat

aduhhhhhh ngantuk siot. aku tak pasti aku tido kul bape smlm. yg pasti last aku tgk jam kul 4.20 pg. semua nih gara² kopi ais dunkin donut yg aku minum petang smlm. tp pagi nih aku berjaya wat breakfast utk osmet. bukan selalu nih. sekali dlm sejuta thn :P

pastuh ada org bagi coklat zip. tks...

Kejapnya Weekend

kejap kan masa berlalu. tetiba je esok dah isnin balik. arrgghh malas nye nak pi keje. dah laa keje aku weekend skrg asyik nak kena key-in data je. buhsan. tp weekend nih best sket sbb ada aktiviti lain yg dapat dilakukan.

smlm gi Jalan TAR. beli baju baru ngan tudung baru utk baju baru. best sgt sebab zar yg bayar hehe. pastuh mlm belanja osmet makan sate hj samuri. tapau dan makan sambil tgk konsert AF5.

td gi kenduri potong jambul anak payan. ish payan pun dah jadi ayah. sesat² gak laa nak gi umah dia. ada laa 2 org hamba Allah dalam kete tuh yg confident habis ngan jalan yg pernah dilalui masa kenduri payan dulu. tak sedar, kenduri dulu pun salah pi kenduri org lain. dan aku kagum sebab tombeng tak sesat haha.

pastuh halim ajak gi carrefour. beli barang² sket pastuh halim gi putar roda impian carrefour. eleh dapat tisu je :D

mohd farid akasyah mohd farhaimin

nih laa roda impian carrefour - putar halim putar

beriya derang tgk :D

nampak tak halim ngan nizan berpegangan tangan

TM Star Again??

kerana seorang kawan, aku pun setuju untuk participate again this year. minta tolong ngan aku beriya hehe. dia kata tak ramai participate. one of the judge for that nite will be Haiza. so, kengkawan, leh cadangkan lagu :D

Buat Baik Berpada²

memang betul laa istilah tuh. maksudnya jgn jadi terlampau baik. arinih aku emo betul kat opis. sedih sejak semalam bawa ke arinih. nasib balik umah ada pengubat duka lara (7B mmg best. luv ya muahss).

kadang² org refer kat aku bila ada prob. selalunya aku akan assist w'pun tak tahu caner nak settlekan. kira aku tak lepas tangan camtuh je. tapi bila aku ada prob, xde sorang pun nak tolong aku. serius aku terasa. ke sbb nak datang bulan :P

alhamdulillah CSR Briefing berjalan ngan lancar arinih. tp kena brief Celcom waktu lain plak sbb derang ada commitment lain. esok nak ke Sepang plak. nak amik tiket F1. busy nye. semua benda wat sorang². bila nak dapat teman kat CSR nih...

No Internet Connection

aaarrgghh smlm rasa biul sat sbb xde internet connection. kelakar kan. selalu jadi Official Communications Provider tp xde internet connection. smlm bleh laa tahan. tp pagi nih aku amik tindakan complaint kat IT SSO. dah xde org lain nak kesah, aku laa wat sendiri. masa call 1-800 tuh, 3 kali aku dgr lagu kristal, baru dpt bercakap ngan pegawai bertugas. pastuh dia tak nak layan. dia kata nih prob bangunan dan bukan IT SSO. b***s***. aku pun dok call sana sini. akhirnya dtg laa sorang mamat ke opis aku dan internet connection ok. xde saper pun opismet aku kesah :(

Ke Alor Star

semalam aku gi Alor Star. bukan bercuti saja². kena attend meeting. bangun kul 4.50 pg. kul 5.30 gi KL Sentral. amik ERL kul 6. check-in pastuh solat. pastuh bergegas ke balai berlepas. haha - aku org terakhir masuk kapal terbang. dan perjalanan ke Alor Star mmg tak best sbb kiri kanan aku nyonya yg tak gheti dok diam. kalau leh tolak keluar, lama dah aku wat.

aku gi sana ngan manager aku, MrV. pagi meeting LIMA2007 kat Wisma TM Alor Star. pastuh ke UUM, Sintok. meeting pasal Kolej TM kat UUM. org UUM belanja makan kat Golf Resort Bukit Kayu Hitam. sempadan abis. mlm tuh sebelum balik KL, makan² ngan State GM. best gile spend time kat sana w'pun penat dan ngantuk.

apa² pun aku mmg enjoy laa kat sana. antara sebab dapat tinggalkan opis. pastuh dapat berbual panjang ngan Puan Pauziah & Kak Husna. serius aku rindu saat² bersama Puan Pauziah. dia tak penah miss wish besday aku. tahun lepas dapat perfume bvlgari drpd dia. dulu selalu gak jalan² kat midvalley ngan dia. bos aku skrg tak penah wat camtuh :P

Puan Pauziah soh aku amik gambar dia guna PayPhone kat UUM

sempadan Thailand kat tempat lunch kitorang

bus stop kat UUM - berdekatan ngan Kolej TM
terasa welcome sangat :D

What Say U???

suatu hari cinta bertemu dengan sahabat. cinta bertanya, ‘‘untuk apa engkau ada ketika aku sudah pun ada?’’ lalu sahabat menjawab, ‘‘buat menyapu air mata ketika cinta sudah pergi meninggalkan.’’

antara cinta dan sahabat hanya dipisahkan oleh garisan yang sangat tipis. malah ada orang berkata, persahabatan boleh berakhir dengan cinta tetapi tidak mungkin cinta berakhir dengan persahabatan.

anda setuju?

Apa Tuh...

nih laa phone secretary GM aku. banyak sangat button. arinih satu ari menjadi secretary. dan aku telah berjaya transfer call. yeah!!

bersepah kan tempat kak sal nih. ish...

Average...

tak terkejut dgn result MAPS. masih bersyukur sbb average. bila nak dapat lebih? bila aku pandai 'yes mem'. since the rating is s***, dun want to be a good girl anymore (baik sgt ke sebelum nih :P). abiskan duit syarikat. tak yah gi course. tak yah takut untuk tidak siapkan keje. tak yah risau kalau lambat. tak yah bantu org lain. wat hal sendiri je.

kadang² aku tak tau aku nih bagus ke tak. ke mmg sebenarnya aku lembab wat keje ek. or tak tau camner nak wat. mmg tak pandai wat ke. really dunno how to organize. writing skill aku mmg teruk. parents aku leh buktikan drpd dulu lagi. tp numbers, don't play² arr.

p/s: to *****, clearkan PC anda!! dunno how to help you or advice you. if i'm in ur situation, maybe somebody kena bunuh :(

Mukhsin

citer nih secara keseluruhan biasa je. tak berat. tak yah susah² sgt nak pikir. tp elemen² yg diselitkan dalam citer nih best. dialog bersahaja mmg trademark yasmin ahmad. btw, aku menonton sekali ngan yasmin ahmad tadi. 2 scene wat aku nangis. first, masa mukhsin dah nak balik dan orked tak layan (air mata sorang budak laki mengalir). second, the last scene. i really like the last scene. pak atan dan mak inom sebenar menyanyi. i'm touched and cried huhu...

lagu hujan dalam citer nih mmg ditulis oleh pak atan dan dinyanyikan oleh mak inom (pak atan dan mak inom adalah parents yasmin ahmad). pak atan, mak inom, orked & yasmin wat special appearance kat penghujung citer. suka sgt² scene nih. nak cari husband yg pandai wat lagu laa dan aku nyanyi :D

lepas movie @ klcc, aku gi Jln TAR & Jln Masjid India. beli VCD hindustan yg diimpikan. dpt beli original dgn harga RM14.90 setiap satu. pastuh jln² kat pasar mlm. aku beli 2 kain batik. hmm mesti pak lah suka sbb aku support industri batik.

lepas solat asar, aku gi jalan² naik kete plak. ada sorang minah tuh ajak jalan². gi tasik titiwangsa. ramainya org beratur nak naik Eyes On Malaysia. bila aku nak try ek? pastuh singgah umah halim sbb dia wat spaghetti dan dia tapaukan kitorang sket. not bad laa mamat nih masak.

sedikit lirik lagu hujan
mega mendung di angkasa
hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

rahmat dibawa bersama
limpahannya meresap di jiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Banyak Lagi Rupanya...

untuk di-file-kan (by today)


untuk di-key-in (weekend nih laa kot :P)

puas hati bila tgk meja hampir kemas. rimas tgk work station bersepah. bila laa nak dapat practical student nih. banyak mende nak minta tolong derang nih, antaranya:

  • key-in & updating data in the sponsorship system
  • scan all the sponsorship requests and proposal (2002-2005)
  • burn all the scan data into a CD
  • assist in the TM Group sponsorship report

ada sesape berminat??

Enjit Enjit Semut

kawan aku bagi video clip nih. aku suka sangat. VC

Tak Sabar

ada beberapa citer yg aku tak saba nak tgk.

smlm beli citer Korea kat Speedy, Mid-Valley. beriya pekerja Speedy tuh promote kat aku. dan aku suka dia. dia buat homework pasal movie. tak sia² Speedy amik dia keje situ.

pastuh weekend nih nak tgk citer MUKHSIN. SM sms lepas preview citer tuh last week "u patut tgk & i'm sure you like it". aaa lagi tak saba nak tgk. aku suka citer Yasmin Ahmad. dialog dia bersahaja. sama ngan citer Afdlin. (baru teringat ada org janji nak bg tiket free SUMOLAH).

pastuh nak cari CD Hindustan. lama tak layan. since ada lebih duit entertainment bulan nih, aku nak beli CD Original citer Bunty Aur Babli, Dhoom2, Umrao Jaan & Guru. semua citer abhishek bachchan & aishwarya rai (except bunty aur babli, aish wat special appearance).

Kenapa Apakah

sian kat aku arinih. tak pakai jam tangan sbb jarum dia dah tak gerak. baru 2 hari tak pakai dia dah merajuk. ada sesaper yg baik hati nak hadiahkan aku jam tangan baru :D

nak wat camner, 2 ari yg lepas aku sibuk ngan key-in data in the sponsorship system & report presentation to the BOD. alhamdulillah semua siap. tak sabar nak present kat 'GM aku' tp dia MC plak arinih.

pastuh masuk opis arinih, power supply kat work station aku xde. jam kat meja pun dah abis bateri. apa maksud semua ini??

Arahan Siapa???



aku lebih tertarik kepada isu saper yg bagi arahan untuk tidak membenarkan Linda Onn pakai baju rekaan dari Indonesia. kenapa tahun lepas masa Maya Karin xde isu nih. ke ada gak isu nih tp atas sbb² tertentu (yg x leh diciterkan di sini), isu tuh ditutup.

KUiTTHO --> UTHM


ayah sure akan citer panjang pasal naik taraf nih. tapi cam dah lama gak dia start citer nih. sure dia akan bangga pasnih. hmm gaji dia naik tak ek ^_^

KPI For The Weekend

inilah yg terpaksa dilakukan weekend nih. no movies. key-in all the sponsorship request in the Sponsorship System. aku bawa balik sponsorship requests for month of February. jumlah yg perlu di key-in 137. arrgghh banyaknya. January pun ada lagi yg tak key-in :P

18SG / 18SX

dia cite dia penat sangat. semalam dia bermandi hujan. lepas dating ngan awek dia, dia balik umah. lepas mandi dia terus tgk TV citer 'What Women Want'. dengan hanya bertuala tiba² dia terlelap kat ruang tamu. bila dia sedar... (aaa tak sanggup nak teruskan citer nih kat sini)

Ngantuk...

mau pulang awal. mau tido. semalam layan citer 'bintang hati'. aaa jatuh chenta ntah kali ke berapa sama anuar zain. actually dah ngantuk dah bila sampai umah smlm. ntah nape tak nak tido bila nampak anuar zain ;)

Amboi Amboi Amboi