Macam Laa Ko Tuh Tak Habiskan Rete Sykt
pastuh dgn lemah lembutnya kata yg lampu toilet pompuan tak nyala. eleh soh aku temankan dia yg takut gelap laa tuh. KO KUTUK AKU PASTUH SOH AKU TEMANKAN KO BERAK. aku blah je tinggalkan dia haha
I'm 27 Years Old
thank you for all the birthday present. luv you all. muahhss
Makin Nakal
hmmm berdebar gak sebenarnya. start esok, aku xde manager. mrV cuti seminggu. doakanlah kesejahteraan aku...
Fantastic GCC
Ayah & Ibu
mak ngan ayah call tadi. derang suka sangat. dan bertubi² ckp terima kasih kat aku siap ckp inilah hari yg paling gembira. aku plak asyik tersengih je hehe.
yg paling lawak bila adik aku, Amat call dan ckp terima kasih. hmmm amat nih. nih hadiah utk mak ayah laa.
Berjalan² Ke Kampung Pak Lah
perjalanan kami, teman serumah start seawal 5 pagi ari sabtu. punya laa excited nak ke Kulim, Kedah, malam tuh aku tak leh tido. kul 2.30 pg cam tak leh tido. ntah kul bape tertido pun x sedar. kul 4.15 pg bangun nak siap². then 5 bertolak ke utara. pastuh sebelum sampai hentian Tapah, wani dah berdebar sbb minyak cam dah nak abis dan kitorang lom jumpa stesen minyak. tp nasib kami mmg baik. sempat ke Tapah solat subuh dan isi minyak kat situ.
bersama pengantin baru
kitorang sampai umah tini lebey kurang kul 11. pastuh ke klinik gigi cik nizan. org tuh ada appointment cantikkan gigi beliau. masa tunggu nizan tuh, sempat laa kami bertiga tido dalam kete. tp aku tak leh nak lena sgt. then kami ke umah nizan kat kepala batas, pulau pinang. sampai² terus makan durian. best giler. mandi², solat dan berehat sat.
malam after maghrib, kami ke pulau plak. gi naik feri balik guna jambatan pulau pinang. rasa glamer naik gen-2 kuning wani. cam semua org nampak hehe. pastuh jalan² makan angin. serius kl kalah arr ngan club² derang dan keramaian org² gi clubbing dan lagi happening. patut laa tsunami melanda arituh ;P
pagi ahad, lepas subuh aku tido balik. yg lain tolong wat sarapan. hehe teruk kan aku. pastuh nizan kejut soh sarapan. pastuh gi round² kebun pak ya (bapak nizan). segala buah²an tempatan ada. lunch time ios the great time ever. mak nizan wat udang sambal petai, kari ikan dll. fuhh mmg terangkat laa. ditambah ngan kicap jalen pergghhh.
arituh gak, keay ngan dilla (osmet kat ymn dahlia melaka dulu) dtg umah nizan. tak dapat citer pjg sgt sbb dah nak balik KL. tp suka sbb dapat jumpa derang. dilla mmg aku dah lama tak jumpa sejak keje. dan anak keay, mohd rafiqin comey giler - putih giler². husband keay makin berisi. mesti sbb keay masak sedap².
dan arinih bekerja spt biasa. hujung minggu nih ke Terengganu plak ;)
07-07-07
tiba² ayahnya bersuara, eh 08-08-08 pun cantik laa. hari jumaat plak tuh. penghulu segala hari. nikah jumaat, sanding sabtu, umah pengantin lelaki ahad. cantik sgt laa tuh.
hmmm sempat ke nih...
Jangan Malukan Diri Sendiri
Menara TM,
Group Marketing (Sponser Ship)
Level 8 fast wing
...
dan yg paling penting, surat tuh diberikan sesalinan kepada Setiausaha Sulit Kepada DYMM Baginda Tuanku Sultanah :P
kalau ko berpengaruh, ko patut kenal TM Group CEO.
Kerakyatan Malaysia Telah Terjamin
suka tgk wajah terbaru aku kat MyKad ;)
Happy Birthday Reena
arinih besday reena, opismet aku. kitorang se-opis hadiahkan dia kek chocolate indulgence (pilihan zety). tp tuh laa, ada insiden yg tak best. direction from MBB to Kak Sal, to make sure celebrate besday staff dia every month. eleh, cam aku tak tau. actually next week, July 9 besday adik kesayangan dia. dan aku pasti yg aku takkan sibuk² nak arrange-kan utk celebrate besday dia. dan aku rasa GCC members yg lain pun malas nak arrange. so dgn ada nya arahan MBB tuh, makanya besday adik dia akan dirai. benci!!
bila besday, kalau boleh kita nak surprise-kan besday girl / boy laa kan. nih dah cam tak best. ntah apa² ntah opis aku nih.
pastuh arinih aku ada online test SMARTORANGE - Customer Service Management. berdua ngan Azlin mula² dalam blk dia. pastuh laptop xleh guna. pindah balik ke tpt aku. tp rupanya ada network prob so derang wat testing network je. cam keje operator plak. bila ada org tanya kena jawab mulut bukan dgn menaip :P
Bila Semua Berkumpul
ari khamis, amik adik aku, Jiela kat KL Sentral. baru balik dari Sabah. dah abis dah praktikal dia. seb baik bf dia sudi tumpangkan brg² dia yg banyak kat umah dia. so adik aku ke KL bawa sket je barang. dan AirAsia telah melewatkan lagi penerbangannya mengakibatkan makin lambat laa adik sampai ke KL. quote drpd Jiela "SkyBus lagi best drpd AirAsia" hehe. sampai kat KL Sentral malam tuh, banyak giler polis. dgr² ada bom tp ntah laa. pastuh sampai umah bg adik aku makan. borak dan borak kami pun tertido kul 3 lebey.
ari jumaat yg sgt mengantukkan sbb tido 3 jam je. ptg tuh half-day sbb settle kan hal kat bank. pastuh adik² aku, ira ngan ayie, plak sampai. jamu derang minum petang. malam tuh kitorang gi tgk citer DIVA pastuh lepak² makan. sampai umah tak gheti nak tido. ada je benda nak borak.
sabtu bangun awal sbb nak ke Maybank KLCC. nak buka akaun adik² aku tp yg lepas sorang je sbb prosedur Maybank yg ntah apa² je skrg. pastuh berkejar ke TGV. tgk Transformer plak. mmg best laa citer nih. walaupun aku tak le tgk kartun dia, tp movie dia mmg best!! lepas solat zohor ke Aquaria plak. seb baik ada student cards, so bayar RM20 je sorang. tetiba teringat citer ocean girl bila masuk dalam tuh. jumpa kak siti (ex-MMU) ngan family dia kat situ. anak dia cute sgt. pastuh baru kami makan. then shopping sket. pastuh ke YowChuan - karaoke. masa nih baru adik aku lagi sorang join. siang dia ada hal. kitorang melalak sampai kasar laa sore :D
bangun pagi ahad terus ke pasar. adik² aku soh aku masak. menu ari tuh - ikan kerapu sweet sour, sotong tempura, terung masak sambal. lepas kekenyangan ngantuk plak huhu. tp xleh tido sbb nak kena antar adik² aku. sorang balik HUKM. sorang balik Matrikulasi Tangkak. sorang lagi balik Batu Pahat. pastuh aku ke Low Yatt plak. survey laptop utk ira.
Alhamdulillah, akhirnya ira wat keputusan untuk kuar matriks dan pilih utk ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 15hb aku ke Terengganu plak antar adik aku register jadi cikgu. untuk ira, jgn malu untuk jadi cikgu. tgk mak ngan ayah je. kalau jalankan tanggungjawab sbg seorang guru dgn baik dan betul, insya-Allah berkatnya tinggi. abis nanti ada degree gak. keje dah terjamin :)
click --> gambar² kami




