Go Marsha Go

best nye bila tgk VC yg kawan aku bg nih. dia gi tgk performance Marsha kat Sabah arituh. dan yg lebih menjeleskan aku bila dia bergambar ngan Marsha & Jimi (Trek Selebriti). aku bangga bila tgk VC nih. Marsha now know how to control her voice and it sound better than before.

Ambang Merdeka

arrggghh penuhnya tren putra tadi. kalah penuh waktu gi keje pagi2. semua berpusu2 nak gi celebrate merdeka kat KLCC. nasib baik mamat sebelah tuh ensem ;). sampai KLCC ramai giler kuar dan tren mmg lengang je. tetiba ada sorang mamat indon tanya pasal merdeka celebration in M'sia. nampak budak je and he is cute. dia student UIA. so aku pun layan laa soalan2 dia. tren pun bergerak agak lambat. sampai satu soalan tuh aku cam kurang paham dan dgn tidak disangka2 mamat ensem td jawabkan. dan kitorang terus berborak sampailah ke Stesen DK. sebelum berpisah, mamat ensem tuh sempat gak ckp "see u again" *wink*

mlm merdeka aku balik lambat. tapi aku tak kisah sangat. yg penting dapat abiskan evaluate all new sponsorship requests. jumaat ada plan. nak balik awal. nak gi menonton Kabhi Alvina Naa Kehna with mafus, halim & sam.

Artis Paling Popular

mereka berdua diiktiraf Artis Paling Popular di Malaysia. pemilihan 28hb mcm disengajakan. aku memilih untuk tgk Mawi...Ina kat Astro Ria. wedding CT leh dload nanti2 :P

nih lah yg dikatakan jodoh. dalam satu perhubungan, it is not about how it started but how it end. hopefully 'they live happily ever after'...

Bila Lama Tak Jumpa

tadi aku dinner ngan siha & ieka. masa nak balik dr opis td. jumpa derang kat depan opis. derang pun nak balik dan ke arah yg sama. then siha offer nak antar blk umah. naik kete. mesti lah nak kan. lagi pun 1st time naik kete Gen2 dia. borak dan borak dan borak. aku dan ieka tunjukkan jalan ke arah keramat. tapi aku leh tersalah tunjuk jalan dan ieka biarkan je sbb ingatkan aku nak tunjuk short-cut :P

masa kat umah aku, abis derang geledah segala VCD & DVD. dah mcm pembekal VCD cetak rompak plak. pastuh kitorang gi makan. mcm2 citer kitorang gossipkan. semua benda nak citer kat siha padahal dia bukan nye datang kursus kat KL tapi mmg dia dah keje kat KL.

Diari Seorang Pengganti Secretary

semalam aku adalah seorang secretary. camner aku leh terlibat ngan dunia kesetiausahaan. ain pun perasan yg dah banyak kali aku jadi secretary skrg. ntah arr. kalau ikut perjanjian dulu2 ngan kak sal, aku akan hanya jadi secretary kalau MBB xde kat opis. so aku tak yah dok kat tpt secretary. jaga call-in je. tapi skrg...

bila jadi secretary, MBB takkan layan kita mcm AM biasa. cam best je layanan yg aku dapat bila jadi secretary tapi xde ler sampai aku nak jadi secretary terus. dan aku paham nape ada jawatan secretary. antaranya dapat tahu byk secret ;)


ingat pasnih nak bg chance sam, rodek, kak wann or lily plak arr jadi secretary

Best Wishes

~ to nizan: happy birthday dear. luv you

~ to azlin: tuan azlin, selamat hari jadi yg ke-**. mana mau belanja??

~ to izan: selamat pengantin baru. semoga berbahagia ke anak cucu :)

smlm birthday nizan & azlin. wish thru sms je. hadiah lom cari lagi laa but i've got something in mind what to give both of you ;)

izan got married yesterday. tahniah! tahniah! sorry for not attending your wedding. aku balik kampung. aku kenal dia nih masa bercuti kat PD bersama zai & aina. dia nih member derang. punya lah kecil dunia, dia nih jiran mok teh aku kat cheras. belakang umah je :P

Bila Rindu

Di keheningan malam
Termenungku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yang disayang
Bagai kau di depan mata

Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu
Terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwaku bila malam makin kelam
Jauh terbang diriku melayang
Aku rindu sentuhan mu ku rasa sayu
Inginkan jiwamu selubungi jiwa ini
Bawa ku dalam pelangi
Melepasi batas diri ini

Jauh angan ku lena
Ku rasa kita bersama
Kau bawa daku ke sana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan di dalam jiwa
Bila tersedar semula
Di sisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Ingin ku luahkan semua

Bila rindu
Terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwaku bila malam makin kelam
Jauh terbang diriku melayang
Aku rindu sentuhan mu ku rasa sayu
Inginkan jiwamu selubungi jiwa ini
Bawa ku dalam pelangi
Melepasi batas diri ini

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat-menghormati
Ikhlas, kasih, sabar
Insya-Allah kita akan bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian di kala sendirian
Kesepian yang menyelubungi hari-hari ku
Disajikan doa-doa bekalan rindu
Yang menanti kau datang dan pergi seperti impi-impiku, fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Di sisi cuping, di setiap corong, lorong yang lohong
Benar! Ku tak bohong bila hati menyanyi...

Tinggallah Aku Keseorangan

tetiba je aku rasa emo bila nak solat maghrib tadi. rasa sedey bila tiba2 cuma tinggal aku ngan mr v je kat opis. yg lain semua dah balik. MBB pun balik awal arinih. keje org lain aku stay sampai kul 11 mlm. bila keje aku takde sape pun temankan. sengsorang. selalu mcm tuh. bila sekali sekala balik malam / lewat malam, nak citer semua kat bos. ada gak org lain kat opis tuh yg selalu balik malam / lewat malam, takde saper amik tahu.

keje aku banyak nak kena settle. esok aku half day. nak balik kampung. tak dapat tiket bas after 6 pm. so half day je lah kan. nak cuti satu ari pun, balik pagi kalau sampai umah nanti bukan ada saper2. lagi pun my sister yg kat HUKM nak balik sekali. dia ada kelas pagi. so esok kul 3 ptg aku akan balik kampung. hampir 2 bulan lebey tak balik kampung nih huhu.

kalau aku tidak menyibukkan diri aku ngan keje 'burning platform' tuh, mungkin aku leh settle kan everything tadi. both my manager & GM sibuk. camner nih. kang tak ber sign proposal yg aku wat tadi. dan esok aku kena siap kan lagi beberapa proposal. sempat ke nih :P

Siapa Sangka

aku mmg tak sangka yg kawan aku sorang nih, sanggup wat camtuh. playboy! mula2 susah aku nak percaya. tapi bila mendengar sendiri drpd mulut one of the girl yg dia tipu tuh, sedih, marah rasanya. mula2 aku ingat budak pompuan nih yg perasan. mungkin bertepuk sebelah tangan. tapi mendengar citer dia mlm semalam, mmg dia dipermainkan kawan aku.

apa korang wat kalau tetiba ada sorang pompuan yg korang kenal tapi tak rapat sangat, menangis bila korang bgtau yg kawan lelaki dia nak kawin / dah kawin. pompuan nih kata dia ngan lelaki tuh dah serius 5 bulan lebih. tetiba je baru2 nih lelaki tuh nak break-up tanpa alasan. dan korang mmg kenal rapat ngan lelaki tuh...

GCC Yg Kelam Kelibut

yesterday my manager asked me to help internal comm unit. takkan cakap tak leh kan. dah bos sendiri yg suruh. after lunch hour, aku pun start arr membantu apa yg patut. tolong susun atur kertas2 yg berwarna warni dan masukkan dalam file. we had to prepare 200 files for today function. keje aku tak berakhir di situ. after office hour, aku kena tolong lagi. betulkan notes kat slide yg ada 2 version. aku balik mlm tuh kul 11 mlm. sama ada aku kesian kat derang atau tidak, aku mmg dah tak larat. aku mmg tak budget akan balik lewat. berpinar mata aku :P

datang pagi tadi sambung balik keje semalam. print the slides that have been translated to malay. print. photostat. punch hole. masukkan dalam file. letak separator. tgh2 sibuk tuh, ada plak manager datang nak tambah beberapa schedule to be inserted in the file. but not just insert. we have to identify which one is HQ, Subsidiary, State or Celcom. another manager cam tak agree arr sbb menyusahkan. maka terjadi lah satu perang kecil kat situ. depan mata aku sendiri. dan aku mmg tak tahu nak wat apa. just wat bodo. dgn muka selamba wat busy. pastuh wat lawak memujuk hati sorang manager nih.


pastuh sebelum kul 2 kena gi level 50 utk jaga registration counter. part nih lg best. bila aku mmg diberi peluang menjadi saksi beberapa insiden. perang kecil antara my GM ngan new CEO. ketidakpuashatian slide Celcom yg disampaikan oleh Communicator Celcom. kekalutan my GM. perbalahan antara my GM ngan agency kesayangannya. my GM kena marah ngan somebody from Celcom. kat sini baru jelas yg GM aku kalut rupanya. dia mmg menggelabah.

walaubagaimanapun ada gak insiden yg betul2 lawak. ada 2 org AM nih mmg tulus sgt. one is Y and another is R. masa tgh dok bagi2 file kat participants, R ada sekali tuh at bawah meja nak kuarkan file and letak atas meja. pastuh aku minta tolong something ngan R. so dia ke sebelah aku. then Y cari R. dia tgk bawah tak nampak R. dan dia mmg cari R kat celah2 kotak file tuh. come on arr. takkan R nak sembunyi kat kotak2 tuh :D

whatever happened these 2 days are really 'burning platform' dan tetiba je aku diheret ke pakatan jahat ni huhu

Mengimbau Kenangan Di Melaka

semalam aku dan teman serumah yg lain ke Medan Ikan Bakar Umbai untuk pre-celebration birthday Nizan. birthday girl nak belanja makan kat sana. rezeki jangan ditolak. lagi pun makan kat Umbai, saper yg tak nak kan. kitorang bertolak ke sana kul 3 ptg. naik kete Gen2 Wani. Alhamdulillah, mmg kenyang makan kat sana. macam2 ada. mmg kenyang giler. thank u nizan muahhss.

sebelum balik KL, kitorang jalan2 sekejap kat area MMU. mmg kagum arr ngan perubahan yg ada kat sana. zaman aku belajar kat sana dulu biasa2 je. sempat gak tgk rumah lama aku kat Taman Dahlia. jalan2 Taman Dahlia. tgk rumah lama Zar. rumah lama Nizan. dapur umah aku yg bertemu ngan dapur umah Nizan. ingat dulu2 berborak kat dapur je :D. umah belakang nak pinjam itu ini lah. nak antar makanan laa. best nye. huhu Taman Dahlia dah jauh berubah. dah tak happening mcm waktu study kat MMU dulu. dah suram. rumah yg aku menyewa dulu dah tak terjaga sangat dah. paling aku kagum, sebelum sampai kat Taman Dahlia tuh, ada Apartment Ixora. cantik siot. zaman aku xde lagi tuh. pastuh tgk tpt kitorang selalu lepak makan. Kedai Runcit Kah Kah pun masih ada tapi dah banyak competitor dah sekarang. budak MMU Melaka sure tahu jasa baik Kah Kah :D

ingat one day nanti nak jalan2 bercuti kat Melaka. banyak kenangan siot...

+++++++ +++++++

sebelum aku ke Umbai, aku gi wedding Ainurul. gi ngan Zar dan Shah (budak MRSM Taiping). mamat nih perangai dia sebiji Busu Mamat aku. haha. tapi ada short term memory lost. lupa nama aku (dia panggil aku Na :P) & lupa aku keje mana (ntah apa2 comm ntah dia sebut). sempat jumpa zarid, yati pruz, zahan, safurah, aini, afie, dali, yusman (with his gf), khomar (with his wife) & ramai lagi lah. ada yg dah balik awal2 sebab nak ke Melaka plak, kenduri viking. sorry viking tak gi sbb xde geng & ada plan lain :P

Pelancaran Dokumentari "Jungle Green Khaki Brown"

tadi aku ke Perkarangan Sri Pentas TV3 dengan Mr V & Haini. suppose Reena join the party tapi dia kena stay back. don't worry Reena, Dr Fazley xde pun ;)

everything went smoothly. dapat berkenalan dengan Ayu (Olay Total White Aspirasiku). dia cam terkejut plak bila aku kenal dia. pastuh berborak ngan Dato' Kairul. dia tanya aku nak wat apa pasnih lepas dah ada MBA. actually, aku paham maksud dia. takkan selama2 nye nak kat GCC. ntah lah Dato' K. nak amik ACCA takut. tapi Dato' K ada plan nak amik ACCA. dan aku bg idea utk amik sekali. pastuh kitorang makan dan makan dan makan.

sebelum balik sempat jalan2 sekejap kat lobby TV3. sempat lah Haini amik gambar ngan Sharifah Aleya yg dalam konti HotFM. actually, kalau ada sesaper yg tgh dgr HotFM kul 10.00-10.10 mlm tuh, ada mention 2 pompuan bertudung pink yg sibuk2 nak amik gambar kat luar konti HotFM, Haini ngan aku lah tuh. in the 1st place aku tgh testing kamera dan teramik gambar mamat ngan Leya. tersenyum2 mamat tuh. aku ingatkan dia guest artist. siap tanya Haini lagi saper mamat tuh. rupanya DJ gak, si Ikhwan.

best gak arr event tuh. food dia tak berapa best sgt. pastuh ada kebakaran kecil terjadi kat meja VIP. ramai celebriti TV3 turun padang. agaknya camtuh lah derang leh berkenalan ngan VIP2 yg ada kat M'sia :D

Kesian Dia

minggu nih GCC agak kelam kabut. cannot talk much becoz i don't know which one is PNC. but what i want to share here is about this one manager. he is not my manager. one of the manager @ GCC. youngest one. baru kahwin ;)

dia mmg sibuk sangat this week. aku tahu semua org busy. tapi yg mata aku nampak, dia yg paling busy. bayangkanlah, sampai satu hari tuh aku panggil dia superman. mana tak nye. dia jalan laju giler. tetiba je aku terasa angin yg sejuk sebelah aku. punya lah sibuk sampai jalan pun kertas leh terbang :P. tapi dia mmg cool!

actually, i want to say sorry becoz i think dia terasa hati lunch time tadi. mungkin dia xde apa2 tapi aku mmg rasa serba salah.

masa nak gi lunch, dia kata nak join. masa aku & dia tgh tunggu lift, aku tanya dia nape dia ada kat opis instead of with my GM. previously he was with my GM @ TMNet. lepas aku tanya, dia cam jungkit bahu je. lepas kuar lift dia hilang. bila aku citer kat another manager that i'm supposed to have lunch with, that manager told me that 'dia' kena marah ngan my GM. kena marah teruk sampai my GM soh dia balik opis dan check all the typo error. huhu... so, aku mcm perli dia je tadi. actually aku mmg tade niat pun nak perli dia :P

MMU - 10th Year Anniversary

Beli Handbag Lagi

semalam kuar ngan renee & nizan. gi KLCC again. haha. walaupun ada kisah hitam last week tapi tidak menghalang aku ke KLCC :). since renee asked me out for dinner, i invited nizan as well since we were classmates during our degree @ MMU Malacca. nizan puasa so leh berbuka bersama2 (walaupun aku ngan renee tak puasa).

renee & i have decided to buy a new hand bag. actually i have a new hand bag which i bought a week ago. but i'm not comfortable using it. well, it took me only a fifteen minutes to buy a new one last week bcoz i don't have a proper hand bag to office. got a new one just because i have to, it is on sale, attractive & bla bla... yesterday i got a new one, Valentino Creations.

hmm, am i starting a collection of hand bags??

Getting Married Again

pagi tadi berborak panjang ngan adik aku. banyak gak yg kitorang gosipkan. hehe. citer pasal perancangan konvokesyen dia sept nanti. tapi yg paling menarik bila bercerita pasal cik anan kitorang nak menikah sebelum bulan puasa. meaning that before 24th september. cik anan nih isteri arwah pak usu aku, adik bongsu ayah aku. dia meninggal jun 1999. dah 6 tahun arwah pak usu aku meninggalkan kitorang. sekejap je masa berlalu. aku tak leh nak citer kat sini saat pemergian pak usu aku tuh. nanti aku akan menangis :(

adik aku cakap mlm semalam cik anan aku bertunang. uikss. senyap2 je. baru2 nih ada sorang duda merisik dan akhirnya terbuka gak pintu hati dia untuk menerima seorang lelaki lain dalam hidup dia after 6 years. but i've got to know from my brother, that her son cannot accept that his mother is getting married. he is the only son in the family. dan dia bukan jenis yg senang rapat ngan orang. kalau di kalangan sepupu pun dia rapat ngan Amat, adik aku.

apa2 pun aku doakan yg terbaik untuk mereka sekeluarga. diorang akan diijabkabulkan 10 Sept. tarikh yg sama ngan konvokesyen adik aku kat KUiTTHO, Batu Pahat. so, my sisters & bro, we need to plan baik punya.

hmmm. acik aku dah kawin for the 2nd time.

Potato Salad

nyum nyum. akhirnya aku berjaya buat sendiri potato salad nih. dah berapa hari dah plan nak wat. beli bahan2 dia last weekend. semalam aku cuti. pastuh sempat gak arr wat potato salad nih. rasa dia biasa2 je. yer laa kan. yg paling tak pandai masak kat umah tuh yg wat :P

Puteri Gunung Ledang The Musical

i really recommend this show for u guys to watch. kalau yg belum berkesempatan menonton, pergilah beli tiket cepat. mmg puas hati sangat2. apatah lagi bila melihat stephen rahman bersilat. handsome nye dia. lagu2 dia pun mmg best.

aku tak pasti nak menonton lagi ke tak. ke nak tgk yg junior version nyer. Aqasha menjadi Hang Tuah tapi Baby Erin yg jadi PGL.

Weekend

smlm shopping ngan osmet @ Mid Valley. sempat gak cari hadiah pengantin baru. abis shopping rasa lapar giler sbb tak lunch sekali ngan derang sbb sibuk ke Maybank Treat Fair. mlm ke NZ kat Wangsa Maju.

ada yg sms, puas hati tak ngan result AF4. aku jawab yg aku akan lebih puas hati kalau Farhan yg menang. tapi nak wat camner, cakap banyak pun tak guna kalau satu SMS pun tak pernah hantar. nasib baik sore Faizal best. masa dia nyanyi lagu Hujan mmg sebijik sore Sudirman. apa yg aku tak suka konsert final nih ialah pakaian pelajar pompuan yg seksi nak mampos.

tadi kat opis aku asyik tersenyum sorang2 bila terkenangkan satu pujian yg diberikan oleh sorang chinese lady. dia datang opis sbb nak bg invoice & DO untuk urusan pembelian bendera kepada Jabatan Perdana Menteri. bila aku buka pintu je dia cam terkejut. then aku perkenalkan diri. dan dia ckp "you look so young". suka nye aku. yer arr aku kan dah 26thn. tapi dia kata umur aku early 20 :D

Siapa Agaknya

malam nih akan berlangsung Konsert Akhir Akademi Fantasia 4. siapa agaknya juara AF4? aku nak sangat Farhan menang. bagi chance arr pompuan plak menang. dan lagu yg aku suka sangat lagu nyanyian Lotter. bila aku dgr Neves, Pretty Ugly nyanyi lagi best. lagu Faizal pun best. mmg kena ngan vokal dia.

Nasib Tak Baik

malang memang tak berbau. saper sangka aku nak kena ragut. mula2 cam confius. betul ke aku kena ragut. tapi bila dah lebam badan aku mmg confirm arr aku kena ragut.

aku cuma nak gi bayar sewa umah kat BCB KLCC. then berbuka puasa bersama nizan. masa kuar dr tren kat KLCC Station. tetiba je tali hand bag aku putus dan tangan aku rasa sakit. org still berasak2. tp bila tgk tali hand bag yg putus tuh, nizan pun kata nih kena sentap, bukan putus biasa.

alhamdulillah aku masih selamat dan duit yg banyak dalam hand bag aku tuh pun selamat. ada plak yg tanya aku dah bayar zakat lom. jawapannya belum. akhir tahun nih baru bayar. boleh?

Secretary... Again

sekali lagi aku jadi temporary secretary arinih sebab secretary sebenar kena amik Urgent Leave. anak dia sakit mata. bengkak dua2 belah. one of asthma allergy symptom. on the way ke opis je dah kecut perut. i'm sure mbb not in a good mood since there will be a media briefing on financial result in the evening.

as usual, as mbb's secretary, wat arr apa yg patut. nasib baik kakak kerani dah belikan milo 3 in 1. stok milo dah abis. bila aku nak sediakan milo, tak jumpa plak mug kegemaran mbb. satu opis aku cari. rupanya ada di balik radio dalam bilik mbb.

mbb sampai lambat. bleh plak dia lambat ek. pastuh aku terlupa kunci balik pintu bilik dia. dan dia perli kecuaian aku with a question "don't u know that a lot p&c things inside my room?". aku balas balik sambil membuat muka "don't worry. i saw nothing". bila dia panggil nama aku je, rasa nak gugur jantung. pastuh kuar tak nak bgtau aku gi mana. report kang baru tahu. arinih mmg jadi secretary yg busy. banyak sangat call & e-mail.

best nye jadi secretary arinih bila all july sponsorship requests telah berjaya di keyed-in dalam system. pastuh tpt secretary tak sejuk sangat :D

GLF & UMNO

waaa... smlm berkesempatan tgk priyanka chopra as one of the speaker @ Global Leadership Forum 2006. last year org yg aku tak sabar nak tgk or jumpa is Bill Rancic. cam tak caya je yg dia muda 2 thn dari aku. cantik lah kan sebab dia Miss World. tapi sari dia yg menarik perhatian aku :P

mula2 cam tak caya je bila dia jadi one of the speaker. aku cam terpikir dia nih terpilih sebab dia ada skandal ngan donald trumph ke. tapi bila aku tgk semalam, dia mmg beauty with brain. dia citer pasal how to sell your product. be innovative! dia bg cth product dia adalah filem Krishh. org macam perlekehkan citer2 fantasi camtuh. but as a person we need a time, some time, to be in a fantasy world. be creative. be happy. jangan takut untuk mencuba. kadang2 kita tak tahu sampai lah kita cuba.


itu antara yg aku ingat lah. aku tak lama sangat semalam. just checking around at the event place. since TM is one of the sponsor. so, i need to make some checking before the post mortem meeting. as a conclusion, no need for TM to sponsor again next year.

semalam gak aku agak kesian ngan manager aku, mr v. dia depressed sbb ada org UMNO yg marah2 dia sbb tak sponsor UMNO. "hello sir, can't you talk nicely to mr v. you're requesting our company's money u know. kalau u rasa u tuh tinggi sangat, guna arr duit sendiri. tak yah arr hempuk tepon tuh. FYI, DAWO rejected ur proposal". aku tak paham kenapa arr ada org mcm nih. nape arr org undi dia. no manners!!