Berbuka Puasa With The Peeps

pegi OU utk berbuka puasa ngan the peeps kat Chili's. kena beratur actually tp sbb kan aku dah sesat ntah ke mana², terus masuk dan duduk ;). kenyang yg amat. sian mirza abb demam so cam moody je. seb baik ada uncle mafus yg mmg pandai laa amik hati dia ngan bawa berjalan².

tp lagi sian ngan one of the peeps - balik kg sbb kena chicken pox :D

Program Rahmat Ramadhan 2007

utk kali kedua aku join program nih. bukan sbb individual initiatives tp sbb TM sponsor. since TM sponsor dan dpt gerai, maka aku perlu ke sana utk wat apa yg patut. seb baik dato' shahrizat sudi singgah ke gerai TM yg sempoi abis.

pegi ngan reena sbb dia kata nak berbuka ngan anak² yatim. bagus reena nih. tp cam last year, aku berbuka ngan 2 kuih dan air nescafe sejuk. tp nescafe dia mmg best.

mlm tuh lepak NZ ngan meds sbb perut dah berkeroncong giler :P

more pictures -->
rahmatramadhan

Teman Terulung

Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaanmu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mekar kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu





giler puitis lirik lagu Anuar Zain nih. dan aku tujukan kat semua kawan² yg sejati

EL - Tak Tau Nak Wat Apa

arinih tak sihat sket je. tp malas giler dan xde mood nak ke opis. serius pastuh tak tau nak wat apa. nak makan xleh. nak minum pun xleh. citer kat tv pun xbest. then decide basuh baju je laa dan basuh telekung baru hehe.

pastuh dalam 2 lebey tuh, zar tanya lokasi aku dan aku maklumkan yg aku kat umah. makanya aku disuruh masak juadah berbuka. mula² cam malas tp kemudian drpd dok bengong je, baik wat amal ibadah. lagi pun smlm nizan dah wat mee goreng ngan roti john (ada yg berkenan??)

ke pasar, beli apa yg patut utk menyediakan asam pedas ayam, masak lemak & sayur campur. siap extend invitation to linda & yoes. dapat laa kami semua berbuka puasa dgn jayanya. nasib baik ok cuma masak lemak cam kureng sket. well x dpt rasa kan ;)

best laa puasa kali nih sbb rajin memasak

After 14 Months - TQVM Sayang

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Berbuka Di Kampung

Alhamdulillah. dpt berbuka 2 hari di kampung. jumaat dapat makan nasi ambeng. smlm berbuka ngan mee bandung. tp aku terbuat cair plak huhu.

ayah aku yg nak sgt berbuka ngan mee bandung tp terpaksa berbuka ngan anak2 yatim kat kluang atas jemputan universiti. siap pesan kat anak2 dia, "jangan abiskan tau!". paling kelakar bila dia pergi berkain gombang, tetiba menjadi bidan terjun jadi VIP sbb VIP sebenar ada hal yg mmg x dpt dielakkan.

2-3 hari kat kampung masih samar. belum dpt petunjuk yg jelas tp semua ada pandangan masing2

Ngantuk...

lepak sampai kul 2 pagi telah mengakibatkan arinih keje ngan mandom nye. ngantuk semacam. kul 12 lebey tadi jumpa mrV minta izin nak tido kat surau. pastuh kul 2 ptg baru bangun nak sambung wat keje. huhu opismet aku sorang tuh siap perasan mata dan muka aku sembam siap sore aku pun berubah. betul2 sore org baru bangun tido. nasib baik org lain tak perasan.

tp serius arinih letih semacam. mcm 1st day pose lak :P

Berikanlah Waktu

banyak mende yg masih tergantung dan menjadi tanda tanya. satu jawapan yg pasti utk kebaikan dan kebahagiaan semua amat sukar dinyatakan skrg. takut yg menanti x dpt menerima kenyataan dan terus hilang...

Saya Pun Boleh Terkurang Ajar

buat baik berpada², buat jahat sekali-sekala ;)

aku tgh elok² tunggu LRT tetiba datang sorang makcik tolak aku utk cuba masuk dlm tren. namun, cubaan dia masuk gagal. mungkin sbb aku sumpah seranah. bila next train sampai, ada org kuar dr dlm, makanya aku plak mainkan peranan, tepis makcik tuh dan masuk ke dalam. bila dah masuk dlm aku tak pandang ke luar. buat bodo je :P

utk makcik berbaju kelabu tudung liplap (kalau baca laa blog nih); minta maaf kalau saya terkasar - selamat hari raya aidilfitri

Pencuri Di Bulan Puasa

uwaaaa kasut aku hilang. celaka punya pencuri. bulan² puasa pun nak mencuri. tak senonoh betul.

Adik Aku Warded

lagi satu ujian drpd Allah. adik aku yg belajar kat Terengganu pengsan td. dia demam arinih tp warden kat tpt dia belajar tuh tak nak antar ke klinik. derang kata tunggu esok baru ke klinik. skrg dah pengsan baru kecoh²nak antar dia ke klinik dan pastuh doktor kat klinik nak adik aku warded kat hospital kuala terengganu sbb kurang air.

tp serius aku bengang gak ngan pengurusan kat IPKT nih. dr segi penempatan pelajar, keselamatan pelajar, pengurusan pelajar, makan minum pelajar... semua tak terurus dan tidak dititikberatkan. pastuh tak sangka kat terengganu pun mahal GILER!! bayangkan adik aku yg mesti makan ayam tuh, kalau lunch amik nasi, ayam ngan sayur leh kena charge RM5.00 (melampau tak??)

perlu ke Terengganu ke??

Menyediakan Juadah Berbuka

Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun"
(Riwayat At-Tirmidzi, 3/807)


Alhamdulillah dpt sediakan juadah utk mereka yg berpuasa. asalnya aku patut wat spagheti je. tp chef of the day tak sampai² makanya aku pun dgn selambanya wat bubur lambuk for the 1st time ever. ok laa. xde sesedap bubur lambuk kg baru tp dpt laa mengenyangkan mereka yg berpuasa ;)

bila zar balik dia wat steak. hebatkan. melayu ada. itali ada. western ada.





Amarin Thai

best nye kalau hari-hari org belanja berbuka (opss belanja kan, ke kena bagi-bagi)

1 Ramadhan 1428

duh letih sungguh hari nih. ujian pertama hari nih ialah bila menara TM ada rasa gegaran rentetan gempa bumi kat sumatera. yg peliknya aku mmg tak rasa apa². pening² pun xde.

tapi ada kawan aku kat KJ, kipas opis dia bergoyang². real nye gegar tuh



My Family & Friends Are Colourful

ada org kata aku salah pilih kawan. hmm tak laa. cuma kawan² aku 'macam macam ada' dan kita kena laa ikut keadaan. masuk kandang kambing mengembek ;)

dan aku kan fleksibel, bukan lakonan semata². mmg aku laa

hmm korang lom tgk bila kami adik beradik berkumpul. riuh tau!!

yg penting, luv you all muahhhsss

Sunway Lagoon

tpt nih mmg best laa. mandi manda tak ingat dunia. siap ada yg kenakan kitorang lagi. mmg basah kuyup laa kami semua.

dan aku mmg gayat nak merentasi titi gantung sepanjang 428m tuh. pendengkian & pengkhianatan utk tidak mengimbangkan titian tersebut akan selalu ada. waaa takut jatuh siot

more pictures -->
lagoon

Makan² Sebelum Puasa

sedapnya... nih lom letak kuah kari lagi nih

sebelum puasa cam teringin nak makan indian food. makanya yoges pun ajak makan kat Sri Paandi, PJ. sgt laa menyelerakan. kat daun pisang lagi. bila makan kat sini rasa Msia is soo muhibah. ada india (of course laa kan), cina, melayu, omputih pun ada. tua, muda, kanak². lepas makan tangan sure bau kari yg menyengat. duhh sedapnya!!

yg nih plak aku nak share something pasal parking behaviour kat menara TM nih. kete banyak tp space kureng sket. makanya akan ada mcm² rupa. and it is a trend here to put a note at the car spt gambar di bawah ;)

Ayah Ku Kini Seorang Doktor

pagi tadi ayah aku call. dia soh aku update profile aku. sbb ayah aku skrg akan dikenali dgn DR. ASRI BIN SELAMAT. cheh!! berlagak siot. tp syukur Alhamdulillah akhirnya cita² ayah aku tercapai.

rasa bangga ngan ayah aku. ayah aku nih tegas & humor. kalau dia tgh marah jgn sesaper laa lawan tp kalau dia melawak, sampai tak tercapai akal tau (luc kadang² hehe). ayah aku bukanlah drpd golongan berada. tp suka cara dia. apa perangai dia yg lekat kat aku?? hmmm planning & kemas kot hehe.

so pasnih nama penuh aku ialah Aniza bt. Dr Asri ☺

Bora Ombak

mula² nak lepak kat KLCC je, temankan org tuh berbuka puasa tp kitorang end up lepaking kat Bora Ombak sbb nak suasana romantik berdua. lagi pun org tuh baru jer nak raya (huhu wpun next week dah nak puasa balik).

banyak siot makan tadi. mknan yg banyak tp kami makan berdua. nafsu betul. sejak balik medan nih, selera makan bertambah². rasanya masa kat Medan xde plak nafsu makan camnih. dah laa next week nak puasa :P

more pictures --> Bora Ombak

Makan² With 'The Peeps'

akhirnya kami semua dapat berkumpul. mmg payah nak kumpulkan semua. wat pot luck. makan² dan tgk Die Hard (serius derang mmg susah nak mati).

dan ada org dtg berkain gombang je ;)

nih laa anak ain & zul - mirza iskandar

Makan Ice-Cream

skrg kul 12.30 mlm. puas hati sbb akhirnya dpt makan ice-cream. kat Medan susah giler nak dapat. td lepak ngan yoes kat ampang utk makan ice-cream. tgh hari tadi makan ice-cream ngan lajunya kat luar 7-11 sbb ada org x bg makan dlm kete vios dia :P

kami reunion makan nasi padang kat Kg Baru selepas 11 jam berpisah ;)

nampak sedap giler kan

Medan, Indonesia


rasanya baru arituh kecoh² surf website AirAsia utk pi bercuti ngan tiket RM0.00. semuanya berlalu ngan pantas. Alhamdulillah dah berjaya jejakkan kaki ke Medan, Indonesia.

citer penuh later eh ;)