Seminggu Berhari Raya

arrggghh arinih dah start keje balik lepas seminggu bercuti raya. kalau org tanya camner cuti raya kali nih, aku akan jawab "penatttt". parents aku demam. adik aku 3 org demam. bergilir². tinggal aku ngan adik aku yg ke-2 je yg sihat walafiat. meh aku citer sket apa jadi raya kali nih.
Saturday, 21 Oct
sahur pagi tuh wat maggi goreng sbb adik aku nak sangat makan maggi goreng. well, bakal doktor mana makan maggi. pastuh lepas solat subuh siap² nak balik Batu Pahat. balik ngan zar. alhamdulillah traffic ok cuma masa kat highway sebelum exit Alor Gajah tuh jam sket. yg pelik nye, accident kat belah ke arah utara tapi yg jam teruknya ke arah selatan. petang tuh berbuka puasa ngan meriahnya sbb semua ahli keluarga dah cukup. malam tuh ke Bazaar Ramadhan kat Parit Raja pastuh makan roti canai. lama dah nak makan roti canai ;)
Sunday, 22 Oct
birthday adik aku, Azilah (jiela) yg ke-23 dan anniversary acik aku yg ke-18. bulan oktober ada 3 celebration - anniversary mak ayah, birthday ira & birthday jiela. bulan posa takde selera makan kek. so celebrate ngan ayam golek. pagi² balik ke Pontian. nih baru betul pulang ke kampung. balik naik 2 kete; Waja & Kancil. malam tuh jalan2 kat Bazaar Ramadhan Pontian lak. kitorang adik beradik je. seronok berjalan sampai tak ingat nak balik :P
Monday, 23 Oct
banyak benda nak kena wat since esoknya nak raya. aku seperti biasa kat dapur laa kan ngan mak. yg lain² kemas satu umah. pikirkan apa menu untuk berbuka & menu utk hari raya. tahun nih aku wat sambal kacang & ayam goreng berempah. mak wat lodeh ngan rendang daging. ketupat ayah dah tempah siap². yg lagi best, thn nih dah wat perjanjian ngan ayah, tak yah wat open house raya pertama. anak² dara dia nak melaram & berjalan raya ke kampung raya pertama.
Tuesday, 24 Oct
hari raya yg dinanti tanda kemenangan. bangun pagi² siapkan apa yg patut. lepas bersalaman dengan ayah, mak & adik-beradik - makan time. sambil² makan tuh utk kali pertamanya ayah tanya pasal kawen. terkedu aku. aku hanya mampu ckp yg aku ada 'kawan' yg belum boleh dikategorikan serius. ayah ngan mak suka sangat. so, utk 'kawan' ayah kim salam...
lepas tuh adik-beradik ayah sampai ngan family derang. family pengantin baru (mak usu) beraya kat belah suami. pak uda beraya kat Sabah sbb anak dia SPM. makan², gambar², pastuh kitorang konvoi beraya ke kampung ayah kat Ayer Baloi. sebelum tuh singgah jap umah Atuk Sireng (Atuk Itam) yg jaga kitorang dulu. atuk dah tak larat jalan. kaki dia sakit. peluk² cium² jumpa kitorang. paling dia rindu cucu kesayangan dia lah, Amat.
seronoknya berjalan kampung raya pertama, kita dapat makan juadah raya yg original. jawa style, bugis style, singapore style, johor style dan mcm² lagi. sampai umah maghrib. lepas solat kemas dapur. yg lain kemas ruang tamu dan vacuum mana yg patut. ayah, mak ngan adik aku sorang rehat sebab demam.
Wednesday, 25 Oct
demam mak tak kebah lagi. batuk & asthma ayah pun lom kurang. so, parents aku dok relax je arinih. aku lah yg jadi chef raya kedua. raya kedua nih sedara ayah dari Senai nak datang. marhaban sekali. menu raya kedua mee bandung & popia goreng. nasib baik ada jiela & ayie tolong. baru siap potong² bahan, keluarga pak ngah & mak ngah (parents koko) datang. lagi kalut aku sebab tak menumis lagi. alhamdulillah, semua berjalan lancar. lepas rombongan Senai balik, rombongan dari Parit Basilam plak datang. petang sket, dua pupu aku yg kat Jasin, Abg Zamri datang ngan kaum kerabat dia. seperti biasa, lepas solat maghrib kemas umah lagi sekali. fyi, ayah aku mmg suka kalau rumah dia hari² dikemas, disapu, dimop, di-vacuum dari garaj sampai ke dapur. tuh yg lagi penat.
pastuh kul 11.45 mlm asthma ayah makin teruk. dia tercungap² kuar bilik minta tolong kitorang antar dia ke klinik. memandangkan dah malam dan aku sure xde klinik kat Pontian yg buka, makanya aku ngan adik aku antar ayah aku ke Hospital Pontian. aku register ayah aku kul 12.01 pagi. nurse tuh cakap lambat sket sebab banyak accident. aku tak leh accept reason tuh. seb baik ayah aku kenal org. so ada sorang pakcik nih bawa masuk ayah aku utk bagi oksigen. aku mmg nak nangis masa nih. aku sms pakcik aku dan kawan² rapat sbb aku mmg dah gigil takut. ada sorang budak nih, kes sama ngan ayah aku, sampai pucat lesi tunggu nama dia dipanggil. alasan yg misi tuh beri masih sama, ada byk accident mlm nih. Alhamdulillah, ayah aku tak kena tahan. kul 2.45 pg tuh kitorang balik. terima kasih laa atas perkhidmatan yg agak mengecewakan drpd pihak Hospital Pontian. mungkin tensen bekerja di Hari Raya :P
Thursday, 26 Oct
lepas subuh, aku tido dgn jayanya. parents aku tak kejut pun. lg pun xde org datang. budak² je. kul 10 aku bangun sbb aku dengar ada org datang. mandi pastuh salam² ngan tetamu yg datang. suka sangat bila ayah aku ckp dia bagi aku off arinih sbb dah 2 ari bekerja ngan teruknya. so tak yah masak². beli kat kedai je. org yg dtg arinih kitorang jamu ngan popia goreng ngan murtabak. pastuh lepas asar bertolak balik ke Batu Pahat. on the way singgah umah mak sedara ayah kat Api-Api. malam tuh makan kat Mawar Rindu (kedai makan popular kat Parit Raja). mlm tuh xde saper datang umah. so relax² sambil menonton TV.
Friday, 27 Oct
balik kampung @ Jasin, Melaka. bertolak pagi sbb ayah nak solat Jumaat kat sana. petang tuh kitorang shopping kat Jaya Jusco, Ayer Keroh. ada sale. last day plak tuh. sempat arr beli blouse 2 pasang ;)
Saturday, 28 Oct
menu pagi nasi lemak. terubat rindu makan nasi lemak. tgh hari asam pedas. lepas zohor tinggal kitorang adik beradik je sbb yg lain go join rombongan meminang adik koko, Aman. kitorang pun tgk TV dan DVD.
Sunday, 29 Oct
pulang ke Kuala Lumpur. jumpa zar kat tol Ayer Keroh. sampai KL kul 1 tgh/hari. lepas tgk Melodi, kitorang (aku, ayie & zar) decide nak tgk 'Diva Popular'. movie start kul 2.45 tapi sampai kul 3.30 still tak start. akhirnya ada announcement yg TGV mengalami masalah teknikal dan show tuh dibatalkan dan duit kitorang dipulangkan :P
Monday, 30 Oct
osmet semua gi keje dan aku mengemas rumah. well, raya. kenalah kemas umah sket. buang sawang, lap kipas, sapu sampah, buang sampah, vacuum dll. penat...

Happy Deepavali & Selamat Hari Raya

pejam celik pejam celik dah nak balik kampung esok. nak raya. best nye!! Ramadhan tahun nih aku rasa pantas berlalu. compared to previous years, i liked to countdown how many days left to puasa. now no more. dah dewasa kot haha...
semalam aku telah melepaskan rindu kat laptop aku. tgh hari semalam berkejar ke plaza low yatt amik laptop. sampai opis dengan termengah². well, aku nih jalan sopan santun tapi kena bergerak pantas sbb MBB dah sampai.
semalam aku dan osmet terchenta berbuka puasa kat opis tini. saja amik mood baru. asyik berbuka kat umah je kan. menu utama 'ayam golek pantai dalam'. kenyang gile. best gak buka pose kat opis tini. sunyi je xde org.
balik umah lepas tgk 'seputeh qaseh ramadhan' aku cam excited nak balik kampung. makanya mencuba baju raya. matchingkan ngan tudung baru. pastuh terus packing ;)
so, last but not least, i would like to wish Happy Deepavali & Selamat Hari Raya Aidilfitri for those who celebrate it.

Perkhidmatan Cemerlang LRT Putra

disebabkan perkhidmatan cemerlang LRT Putra aku terpaksa lupakan date aku semalam :(
kul 5 aku baru terkedek² nak solat Asar. then dapat sms drpd sam "tuan² & puan², kami sedang menghadapi masalah teknikal di stesen taman paramount. tren akan bergerak perlahan & berhenti lebih lama. harap maklum". aaaa jgn laaa
aku terlalu merinduinya. tgh hari nih aku nak kuar kul 12.30 tgh/hari. mr v dah kata ok :D

The Devils Wear Prada

to GCC, maybe u all should watch this movie. percayalah, Runway cam GCC. Miranda cam MBB. satu benda je tak kuar drpd mulut Miranda "i want this thing yesterday" :P

Apa Guna

huh! apa guna mempunyai PC yg canggih kalau semua benda tak leh install and guna.
pagi nih aku dah marah org SAPURA yg pasang komputer baru aku. tanya lah budak umah aku, betapa excited nye aku nak gi opis arinih sbb dah rindu gile kat PC baru. bila sampai opis kul 8 pg tadi, PC baru aku tak shut down and it's locked with username of 'penghulu'. i tried log-in using my username / password but with no avail. then kul 11.30 mamat² SAPURA sampai. pastuh derang betulkan PC aku. rasa best tadi bila dapat marah derang. yg wat aku lagi marah, xde sorang pun dari SAPURA ngaku bukak PC aku smlm.
nape aku marah. berikut adalah sebabnya:
  • PC aku tak shut down.
  • xde org inform aku pasal PC aku digunapakai smlm sedangkan aku dah maklumkan kat admin GCC supaya jgn wat apa² kat PC aku since aku dah sign the DO & all the related documents.
  • takde saper pun kat SAPURA nak ngaku dah godek PC aku.
  • aku tak leh log-in sbb PC dah kena lock.
  • tak leh print sedangkan masa pasang arituh boleh je.
  • derang leh letak PC aku as administrator - WHY ME??
  • admin GCC tak bertanggungjawab.

skrg aku tgh transfer all the files from former PC to the new PC. semua settle kecuali mp3. baru settle sampai 'J'. sambil² tuh aku explore the new PC. PC aku mmg best / gempak / latest. cuma banyak sangat yg tak leh wat yg telah ditetapkan oleh IT SSO. semua benda tak leh install. dan aku tak paham bila admin GCC aku soh aku senarai kan apa yg aku nak dari IT SSO. dia tak nak ke :P

Khabar Dari Wisma Haw Par :D

hehe tgh training pasal QUALITY kat wisma haw par. menapak dr putra dang wangi. ingatkan dah lambat. rupanya tak start lagi :P
huhu rindunya PC baru. smlm dapat PC baru. setelah 4 tahun menggunakan PC yg lembab nak mampos (spt kata rodek 8 jam baru start) akhirnya dapat PC yg mmg canggih dan mampu wat org jeles. tapi derang kat IT Dept tak bagi install apa². sampai wallpaper pun wallpaper TM. nasib baik masih leh ber-chatting. Asril pun dah pandai perli aku dah. soalan pertama yg dia tanya kat aku smlm "komputer baru u nih leh chat tak?".
hmm xpe 80's babies know what to do ;)

Hari Merah Sedunia

arinih kitorang satu umah pakai baju kaler merah. arahan drpd tini haha. mula² dia kata kalau tak pakai tak leh masuk umah. pastuh dia tambah another clause. saper tak pakai tak leh naik kete dia arinih huhu.
makanya kami satu umah telah memakai baju kurung kaler merah arinih, menaiki kete kelisa kaler merah gak ;). pastuh leh pencetus idea malu lak kat traffic light bila dia terasa semua org pandang :P
+++++++ +++++++
well, yesterday i joined the GCC break fast @ Equatorial Hotel. aku cadangkan semua naik monorail dan cadangan diterima. berjumpa CFO kat stesen kerinchi. he's really a family man. mana nak dapat husband camnih skrg. putra lak cam prob je bila hujan lebat smlm. lembab semacam. dah ler rombongan kitorang ada pompuan mengandung. kena be extra careful jaga dia :D
whatever it is, i enjoyed myself yesterday coz not at the same table with MBB. aku berjaya tarik org ke meja aku dan bagi kekosongan di meja satu lagi. bila dia datang, terus nak join meja lagi satu haha

Berpuasa Di Kampung

jauh rasanya perjalanan pulang ke kampung jumaat arituh. apa tak nye. LRT Putra wat prob. pagi² tuh sam ngan haini sampai opis kul 10.20 pagi. nasib baik aku tumpang tini pagi tuh. then aku wat keje ngan jayanya. bas aku kul 1.30 ptg. so kalau kuar opis kul 12.45 ok je. tapi terima kasih lah pada perkhidmatan cemerlang LRT Putra. aku tak dapat naik bas kul 1.30 tuh.
aku sampai je kat Stesen Putra Kerinchi, ada notis "PERKHIDMATAN LRT DIHENTIKAN SEKETIKA". damn!! dia tutup semua pintu. then aku cuba dapatkan teksi dan aku kena tunggu since ramai org minta teksi :P. kul 1.15 org LRT buka pintu half. derang kata ke Kelana Jaya sahaja. maka en ariff pun tinggalkan aku keseorangan (sebelum tuh aku ditemani en ariff yg nak ke Amcorp Mall). sebelum dia pegi, dia bagi aku RM15.00 utk tambang teksi. sayang en ariff!! kul 1.40 baru dia buka laluan ke arah Wangsa Maju tapi Masjid Jamek adalah stesen terakhir. aku pun naik laa tren yg mmg lembab tuh. sampai kat Masjid Jamek kuar guna pintu kecik. aaaa kat atas tuh ramai giler org. dengan org baru habis solat Jumaat. org mengamuk, marah² kat luar stesen. mcm piked :P
then aku terus ke stesen puduraya. Alhamdulillah aku berjaya dapatkan tiket ke Air Hitam, Johor kul 2.30 ptg (aku sampai Pudu pun dah nak dekat 2.30). aku sampai kul 5.30. then ayah aku amik kat tol Air Hitam tuh. pastuh kitorang gi jemput mak aku kat sekolah dia. arituh berbuka puasa nasi ambeng. nyum nyum. to mafus & munir, sorry tak dapat bagi kat korang.
ari sabtu berbuka puasa kat Pontian lak. kitorang berbuka kat umah acik aku kat Rambah. ingatkan dapat berbuka sekali ngan family pengantin baru. tapi derang ke Port Dickson. hmm xpelah. kita berjumpa raya nanti je laa. tuan umah wat asam pedas. kitorang wat mee bandung.
then semalam berbuka puasa kat umah zai @ Pantai Dalam. cam susah gile nak ke umah dia. bukan susah apa. aku penah sekali je gi umah dia. tuh pun malam. and as usual aku yg tak bawa kete nih yg akan tunjukkan jalan. ada sekali tuh aku terlepas jalan. aku leh khayal. pastuh aku cuba ingat² jalan yg zai bawa dulu. tetiba je rasa down bila kena marah sebab tak tahu jalan :P. tapi akhirnya jumpa gak umah dia. zai hidang ayam masak lemak cili api, sayur goreng dan ikan siakap kukus. nyum nyum. kitorang dok lepak umah dia sampai kul 10 mlm.
p/s: kita jangan cepat melatah...

Tak Siap Lagi

huhu rindunya kat laptop. smlm plan ke low yatt nak amik laptop yg dihantar sabtu lepas. tapi dia kata collect kul 8.30 mlm. ingat nak amik laptop dulu then buka puasa. tapi tak kesah laa mana dulu sbb nearby je. aku & nizan plan berbuka puasa kat Chicken Hartz. lama dah tak makan kat sini. tempat favourite kitorang :D. ya Allah ramainya hamba Allah beratur nak berbuka puasa kat situ. mungkin sebab buffet yg murah RM17.80.

masa aku beratur dan menunggu Nizan sampai, tetiba ada sorang mamat tegur aku. junior aku kat MMU. nama dia aku tak ingat. tapi kitorang panggil dia Emon. dia dah makin handsome skrg. dia dah final semester Master in Engineering plus pre-medic dia pun dah pass. dia plan getting married next year and asked me a question. should he go for job hunting related to engineering or continue medical course since dia mmg bercita² nak jadi doktor. aku soh dia keje sebab dia nak kawen. kang nak bagi anak dara org makan apa..

masa tgh makan, kedai laptop tuh call. laptop aku tak 100% siap. dia soh amik weekend. aaaaaaaaaaa... arituh kata petang sabtu leh siap. pastuh kata ahad. mesti derang suka godek laptop aku yg mcm² benda ada :P

Berbuka Puasa

bila berbuka puasa tidak bersama family, adalah tidak kesah untuk berbuka di rumah atau di luar. sama je. cuma kalau kat rumah leh terawikh awal. kalau berbuka puasa kat luar, nampak gaya lewat laa terawikh. hmm tahun nih terawikh bersendirian. tidak ke masjid. tapi aku akan pastikan terawikh juga setiap malam.

esok nak balik kampung. best nye nak berbuka puasa di rumah. Amat dah minta special menu untuk dimasak hari sabtu. ok je. cam dah lama tak masak :P

bulan puasa nih, banyak gak invitation buka puasa kat luar. mana yg aku rasa ok, aku akan join. aku cuba mengelak untuk tidak join berbuka puasa GCC. tapi boleh MBB changed the date, coz nak aniza join gak (seperti yg diciterkan oleh secretary MBB). hopefully i enjoy the break fast with GCC members. yesterday, berbuka puasa with GCC 80's babies. it is about berbuka puasa dan luahan hati. kita semua serupa.

to osmet, i tak dapat buka puasa ngan u all until wednesday. after that, we break fast together ^_^

Cucur Udang

satu citer lawak yang adik aku, Amat ceritakan...

ada sorang makcik nih, dia jual kuih kat bazar Ramadhan. satu hari ada sorang kakak nih gi beli kuih kat tempat makcik nih. dalam banyak2 kuih, kakak nih teringin nak makan cucur udang. dia pun beli arr kuih tuh. sampai kat umah dia pun hidang. bila azan maghrib berkumandang, kakak nih pun berbuka dengan memakan cucur udang tadi. alangkah marahnya kakak tadi bila takde seekor udang pun dalam cucur tadi. esoknya, kakak tuh pun gi arr gerai makcik tuh sekali lagi. kakak tuh pun marah2 makcik tuh. dia tuduh makcik tuh menipu sebab takde udang dalam cucur udang yang dia jual.

dan makcik tuh pun menjawab "kamu pernah cuba cucur badak aku??"


:D