Sekejapnya Masa Berlalu

rasanya baru je antar adik aku ke Airport Senai. tup² dia dah balik mlm td. dah abis dah praktikal dia kat Politeknik Kota Kinabalu. ngantuk siot pg nih sbb semalam berborak sampai kul 3 lebey. pg nih dalam kete rasa berat je kelopak mata nih.

anyway, congratulations to Teena and Fio. early next year Mirza akan ada kawan :D

bila turn aku plak nih...

Kuasa Di Tangan Anda

polis trafik mmg hebat. dengan kuasa di tangannya, mereka akan sesuka hati menahan kenderaan dan mengakibatkan jem yg lagi teruk. baik guna traffic light je :P

Aktiviti Makan Masa Weekend

hoho weekend yg makin menggemukkan. last Friday, suppose ada date kat KLCC. tp sbb ada wanita bijak wat meeting kul 4 ptg, which is CSR Team nye turn kul 5.30 ptg, maka aku cancel-kan date tuh. disebabkan x jadi ke KLCC, aku pun setuju ngan cadangan Yoes utk tgk wayang. lepas meeting, aku ngan yoes ke Cineleisure Damansara tgk Fantastic Four. show kul 9.30 mlm. sebelum tuh kitorang lepak kat Italianies. kekenyangan makan kat situ. roti pun sedap sbb dah lapar giler.



yoes tgh pilih menu

kami makan spagheti meat ball ngan fried calamari

nyum nyum

sabtu plak gi wedding abg sam. gi ngan munir & halim. pastuh since xde apa nak wat, halim ajak tgk umah. gi riana green (umah mafus), kinraramas (umah aku) ngan putra villa (umah sam & umah halim). punyalah aku berdoa supaya umah aku tak kena kutuk ngan halim dan akhirnya doa aku makbul. best nye bila halim jeles ngan umah aku. dekat gak umah aku ngan opis rupanya. sebelum tgk² umah gi kenduri kawin sepupu munir kat brickfields. aku pun tak pasti sama ada aku berlakon jadi gf munir or halim arituh hoho. pastuh pi tgk perabot dan hiasan dalaman. aku tak leh arr berangan lebey sbb umah lambat lagi siap.

seharian jln² ngan dua bf aku tuh, malam lepak ngan gf plaks kat Bora Ombak. makan lagi. aku ngan yoes nak bawa nizan makan kat situ. tp dah xde gadis²-penyambut-tetamu-yg-jelita. semua lelaki je. sama ada gadis² itu telah kembali ke bentuk asal or dibuang keje :P

arinih plak, osmet i masak² lauk² yg dibawa dr sabah. microwave zar yg baru juga telah digunapakai. kekenyangan sampai ke malam.

July 22

last nite ada org wish besday sbb dia dah nak tido. hoho awal gile wish. however thanks. huhu lagi sebulan je lagi. apa achievement yg leh dibanggakan ek ngan umur 27 tahun nih :P

apa² pun, i'll be celebrating my birthday @ Langkawi. confirm already. best nye kalau ada yg leh wat surprise kat sana.

p/s: xde pesan² barang ye :P

Seminggu Yang Indah

arinih masuk opis setelah bercuti hampir seminggu. 5 hari ke sabah. 2 hari training kat Park Royal Hotel, Bukit Bintang. bawa balik souvenir utk opismet (dan 2 org pompuan tuh takkan dapat apa²). osmet semua dah dapat bahagian masing² plus haiwan yg diseludup ke semenanjung ;) (gurlz jgn lupa masak tau!!)

Khamis, 14 Jun

mula² settle kan IC. pastuh amik credit cards kat Bangsar. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. half-day sbb flight ke KK kul 6.20 ptg dr LCCT. first time naik AirAsia. kelakar gak laa. sbb cam naik bas kan. pastuh flight delayed for about 0.5 hrs sbb minyak tumpah. takut siot. dalam flight plak banyak 'cha ya nun aliff' yg kiasu. well now everybody can fly. sampai KK kul 9.30 mlm.

sampai sana, adik aku ngan students ayah aku amik. kitorang pi makan kat Anjung Senja. chicken wings panggang dia mmg sedap.

mlm tuh tido kat Politeknik KK. besar siot umah adik aku.

Jumaat, 15 Jun

solat subuh kul 4.45 pg. tido balik. pastuh kul 6 bangun dan bersiap² nak ke Labuan plak. tunggu lagi sorang student ayah amik kitorang. minta tolong dia antar ke Jeti kat KK. ayah soh dia antar kitorang kul 6.30 pg tp dia kata 7 pg. ayah dah bising dah takut tak sempat sbb kitorang nak amik feri pagi kul 8 pg. dia plak leh bawa kete perlahan² siap singgah isi minyak plak tuh. seb baik sempat.

sampai Labuan kul 11 pg. jalan² cari makan dulu. pastuh jln² then check-in kat Sheraton. tp ada prob sbb bilik tak siap kemas lagi. makanya kami 2 beradik lepaking kat swimming pool dulu. bergossip laa apa lagi. 45 mins later baru dpt masuk blk. dan kitorang suka sgt blk tuh sbb dpt room-with-sea-view. lepas maghrib (which is 6.45 pm) kitorang ke Ujana Kewangan (Financial Park Building) utk shopping sakan. well Labuan kat duty-free-port. makanya kami beli coklat, kain, wallet (menggantikan yg hilang), souvenir. seronok giler sbb murah. pastuh lepak makan kat Mamak.

Sabtu, 16 Jun

bangun pagi lagi. breakfast kul 6.15 pg. kul 7.30 check-out. then terus ke Jeti nak pulang ke KK. amik feri kul 8.30 pagi. sampai KK kul 11.30. lepas zohor, around 12.45 pm, kitorang ke Pasar 'Philippine'. kat situ kami shopping segala rantai, gelang, mutiara, kristal, butang baju melayu, cincin.

mak uda, aez ngan apai amik kitorang dr situ. mak uda balik ngan pak uda. kitorang berempat jalan² kat pasar. pastuh ada kenalan ayah ngan pak uda bagi gajus free. kat sini derang jual bawang yg dah dikupas. dah xde keje sangat agaknya. dan pak uda aku mmg suka beli sbb tak yah susah nak kupas.

pegi Poli dulu amik barang. pastuh singgah Kedai Salut, makan soto ngan air kelapa. tgh lapar nak mampos sbb last makan breakfast pg tuh. pastuh ke Kota Belud, umah pak uda aku. mlm tuh makan all the seafood. rasa cam leh mati kekenyangan malam tuh. kul 11 dah ngantuk gile.

Ahad, 17 Jun


bangun pagi sekali lagi. nak ke Kundasang, kaki gunung kinabalu. kalau gi sana awal leh tgk gunung dgn jelas. tp apakan daya. pak uda nak masak² dulu. ada kawan dia dr semenanjung nak datang. so kitorang gerak lambat sket.

gi Pasar Tamu, Kota Belud. geram tgk sayur² yg dijual. murah giler. comforter RM10 je. then ke Kundasang - gi pasar, tpt start mendaki, strawberry park, TM Resort & masjid. pastuh ke Tamparuli. ingat nak singgah umah Marsha tp hujan lebat sgt.

balik Kota Belud and malam tuh makan kari kepala ikan.

Isnin, 18 Jun

tak bangun pagi sgt. pak uda keje. mak uda ada course kat KL. sepupu² aku dan adik aku masak tgh hari tuh. dapat laa makan 'sabah vege' tgh hari tuh. ptg tuh balik semenanjung. amik flight kul 5.10 ptg. kena amik ptg sbb pg xde sape leh antar. kat airport jumpa eizlan yusof. tak bergambar sbb dia sibuk ngan family-to-be dia.

19-20 Jun

Training: ACCA CSR Workshop. serius aku tak suka trainer dia. he is Australian. asyik kutuk Malaysian. apa² opinion kitorang semua salah. siap tegur kenapa big company such as TM, leh declare CSR activities in the Annual Report. mungkin dia lupa atau tak tau akan MESRA Awards. aku pandang je org Khazanah Nasional. bukan apa, sebelum ko kutuk org, make sure u are perfect. lg satu yg aku tak tahan bila trainer tuh kata "why don't Msia supply water outside since nowadays Msia has a lot of water (banjir)". ntah nape aku rasa cam nak ketuk je kepala dia.



click here for more pictures

amat ngan kambingnya

Hilang

~ seribu penyesalan ~ hilang ~ harapan ku impikan ~

huhu tuh lagu je. tp kali nih aku betul² kehilangan. dompet ku tercicir di Bangsar. as usual org akan tanya caner leh hilang. ntah laa cuai kot. nak tolong org tp diri sendiri dilupakan huhu. tp Alhamdulillah semua dah settle. cuma yg ralatnya nape bila nak outstation baru nak hilang. nasib baik cash money yg banyak telah diletakkan di tempat lain.

kepada yg ambil tuh, aku halalkan duit tuh wat beli rokok ;)

An Invitation



mula² dia salah antar. pastuh antar sekali lagi with a note

It would be a great pleasure to have you join us at Paris!

ko ingat aku banyak duit :P

Baiknya Budak Tuh

pagi tadi on the way ke opis, aku ngan tini nampak satu adegan yg so sweet. kitorang lalu satu sekolah. pastuh ada sorang budak laki nih, sebelum dia masuk ke perkarangan sekolah, dia cium tangan pakcik yg tolong budak² melintas jalan. Ya Allah, sejuk perut ibu dia mengandung. cam kata tini, kalau dia jadi pakcik tuh, sure dia nangis.

insya-Allah, budak tuh akan berjaya dunia akhirat kalau dia kekal utk hormat org tua camtuh :D

Apa Artinya Cinta

Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memeluk
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat
Ada cinta yg tersirat
Sirami hati merebak

Barangkali aku salah
Ku terdiam bukan bisu
Tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yg pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Arti cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Riang hatiku tidak terkira...

duit ESOS dah masuk. yahoo!! pakcik kayo...

esok, gua nak pindah!!

GCC's Happy Hour

best gile gi keje arinih. kalau hari² camnih kan bagus. since kak yam ngan adik dia xde, kami seopis telah wat makan². mmg banyak gile makanan since wat pot-luck. aku bawa bergedil ayam (huhu penat & mengantuk sbb wat sengsorang. sampai ati osmet i huhu). selain tuh, actually kitorang celebrate majlis perpisah pn raditah yg akan ke HR Dept and welcoming delaila to our dept.

tak cukup ngan makan², lepas opis kami gi karaoke plak. ada org siap pilih lagu utk ke TM Star next year sbb dia kata tak nak jadi emcee lagi haha (putar belit alam betul). rodek pun join smlm. tak sangka kami leh duet lagu dangdut. punya laa susah cari lagu utk rodek, last² dangdut gak yg dia leh nyanyi dgn bagus nya :D

Surprise Birthday Party

kami semua di GCC telah dipaksa utk men-surprise-kan our GM just because today is her birthday. perlu ke?? dia balik awal sbb konon² anak dia asyik call setiap 5 minit.

actually yg paling surprise when there is a bouquet of flowers for her from Reza (her husband). untuk menjadi lebih keji, aku nak ckp yg tuh semua plan dia sebenarnya hoho.



kami di GCC akan merdeka seminggu kerana ketiadaan dia kerana bercuti. yeahaaaa...

Tidur Itu Indah

weekend yg dihabiskan banyak dengan tido. bestnye. hujan yg teramat lebat. nak tgk tv pun tak leh. makanya tido adalah jawapannya ;)
last friday gi Cineleisure Damansara ngan Yoes & Nizan. kitorang tgk Shrek 3 kul 11.30 mlm. mula² nak tgk show kul 9.30 mlm, tp atas sbb² yg tak dpt dielakkan, terpaksa laa mid-nite. paling kesian nizan laa. org dah biasa tido kul 10 mlm kan. makanya mlm tuh nizan tido dalam panggung. best tak nizan? sebelum tuh kitorang lepak makan² kat The Curve. best siot lepak kat situ mlm². lain kali nak ajak 'the peeps' laa.


ari sabtu, aku, nizan ngan zar gi wedding zai plak. kitorang bg hadiah 'baik punyee'. best nye tgk org kawen. ingatkan lepas tuh nak hi IKEA tp xde parking makanya balik rumah je laa. pastuh ngan nizan nak ke Jln TAR tp hujan turun dengan lebatnya. semua bantai tido...

Movie Fever

sejak akhir² nih aku berminat untuk tgk wayang free je. hehe. best laa. sbb dapat tgk awal pastuh tak yah kuar satu sen pun. bermula ngan Jangan Pandang Belakang - Sumolah - Spiderman 3 - Pirates of the Caribbean - dan smlm Waris Jari Hantu. dan menjadi aku yg baik, aku akan ajak org yg berlainan utk temankan aku. well bg peluang kat derang tgk wayang free gak ;)

Waris Jari Hantu mengajar aku satu benda baru. pasal 'khunsa' (betul ke ejaan nih ek). citer tak seram. serius tak tipu. ada jerit sket². tuh pun sbb terkejut. part menyentuh perasaan pun ada (biasa laa aku kan mudah tersentuh). aku tak leh nak conclude citer nih sedap ke tak. dan aku tak sangka nih actually main emosi dan bukan citer seram. dua perkara yg disentuh dalam citer nih adalah saka (sian kat tok wan yg dah tua tapi tak leh mati selagi tak jumpa pewaris saka harimau) dan khunsa (apa you girls rasa, bila lelaki yg korang cintai memilih menjadi wanita).

that's why i think jabatan pendaftaran negara kena amik pusing perkara nih. jantina yg confused spt nih kena diambil perhatian. when the person update the IC when he/she is 18 years old, let them decide whether to be a guy or lady.

tp aku lagi sedey kalau lelaki yg aku sayang, tidak memilih menjadi wanita tetapi menyukai lelaki lebih drpd wanita. it is really complicated!!

p/s: xde sesape ke nak bg tiket free Shrek 3 ^_^